Kerusi Presiden UMNO: Siapa ada keberanian untuk cabar kedudukan Zahid?
SHAH ALAM – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar adalah antara calon berpotensi untuk mencabar Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada pemilihan UMNO kelak.
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Sosiobudaya (Saudara), Lim Hong Siang berkata, faktor utama ketiga-tiga nama besar UMNO itu dijangka mencabar jawatan tertinggi parti berkenaan disebabkan mereka dilihat menolak naratif kerjasama UMNO-BN dengan Pakatan Harapan (PH) pasca-Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), selain lebih cenderung menjalin hubungan politik bersama Perikatan Nasional (PN).
Ujar beliau, jika mereka benar-benar bertanding mencabar Ahmad Zahid, kemenangan salah seorang calon pencabar bagi jawatan Presiden UMNO itu pasti akan memberi impak besar terhadap kestabilan Kerajaan Perpaduan.
“Dari segi potensi setiap calon, kaca mata orang luar mungkin melihat imej Khairy atau KJ lebih popular dan diyakini mampu melaksanakan agenda reformasi kepimpinan UMNO. Cuma kekurangan beliau ketika ini adalah KJ tidak berjawatan kerajaan dan tidak berstatus ahli Parlimen.
“Menilai kemampuan Ismail Sabri pula, peribadi beliau yang sederhana dan tidak begitu menonjol dalam parti memberi petunjuk bekas Perdana Menteri itu mungkin tidak akan mencabar Ahmad Zahid.
“Ramai menganggap Hishammuddin calon pencabar paling berpotensi pada pemilihan kali ini, namun imej negatif diterima beliau setelah enggan bertanding pada pemilihan UMNO 2018 pada saat khidmatnya amat diperlukan parti, mungkin memberi kesan besar terhadap peluang Ahli Parlimen Sembrong itu.
“Dengan UMNO kini terpecah kepada kem yang tidak setuju naratif kerjasama dengan PH serta kem yang setia dengan Presiden UMNO, calon-calon berpotensi mencabar Ahmad Zahid mungkin perlu bersepakat memastikan pertandingan jawatan tertinggi parti berbentuk satu lawan satu agar tidak pecah undi,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang menegaskan beliau bersedia dicabar oleh mana-mana calon dalam saingan kedudukan jawatan nombor satu UMNO pada pemilihan parti itu akan datang.
Mengulas lanjut, Hong Siang turut melihat terdapat dua faktor penting perlu dipertimbangkan dalam pemilihan UMNO kali ini iaitu persoalan imej bagaimana yang ingin ditampilkan parti itu pada masa hadapan dan keperluan kestabilan kerajaan sedia ada.
“Jika dikekalkan status quo, dengan Ahmad Zahid kekal sebagai Presiden, agak sukar untuk UMNO meyakinkan masyarakat umum bahawa parti itu mempunyai komitmen untuk berubah, sekurang-kurangnya sebagai sebuah parti yang bersih daripada rasuah.
“Imej korup akan kekal terpahat dalam identiti UMNO, dan ia akan mengakibatkan parti itu kehilangan lebih banyak sokongan pengundi khususnya dalam kalangan Melayu.
“Bagaimanapun, dilema besar dihadapi UMNO adalah terdapat kemungkinan kestabilan Kerajaan Perpaduan pula akan tergugat andainya Presiden parti ditukar,” tegas Hong Siang lagi.
Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abdul Muis pula berpandangan, sehingga kini identiti bakal pencabar Ahmad Zahid masih tidak jelas meskipun terdapat beberapa nama pemimpin besar UMNO dikaitkan dengan jawatan Presiden parti.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan Ahmad Zahid menang tanpa bertanding jika pentas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 berjaya dimanfaatkan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu bagi menjelaskan rasional UMNO-BN bekerjasama dengan PH pasca-PRU15.
“Sekiranya berlaku pertandingan dua jawatan tertinggi parti pun, proses pemilihan UMNO sukar dipisahkan daripada konteks penaungan kuasa di mana pemimpin parti yang memegang jawatan kerajaan akan mempunyai kelebihan besar memenanginya.
“Selain itu, kekuatan kem UMNO yang menolak idea kerjasama BN-PH untuk bekerjasama menggembleng tenaga menumbangkan penyandang Presiden masih tidak kelihatan, seolah-olah tiada pihak benar-benar berani kecuali KJ,” katanya.
TRIVIA pemilihan Presiden UMNO
25 Ogos 1951
Tunku Abdul Rahman dipilih sebagai Yang Dipertua UMNO selepas mengalahkan Ahmad Fuad susulan tindakan Datuk Onn Jaafar keluar parti. Tun Abdul Razak Hussein pula dipilih sebagai Timbalan.
23 Januari 1971
Tun Razak dipilih sebagai Yang Dipertua UMNO, Tun Dr Ismail Abdul Rahman dipilih sebagai Timbalan.
15 September 1978
Tun Hussein Onn dipilih sebagai Presiden UMNO manakala Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Timbalan Presiden.
Jun 1981
Dr Mahathir menang tanpa bertanding jawatan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam dipilih sebagai Timbalan Presiden dengan mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah.
24 April 1987
Dr Mahathir menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah dengan majoriti 43 undi bagi jawatan Presiden. Tun Ghaffar Baba pula menewaskan Musa Hitam dengan majoriti 40 undi bagi jawatan Timbalan Presiden.
31 Oktober 2003
Tun Abdullah Badawi jadi Pemangku Presiden UMNO selepas Dr Mahathir letak jawatan.23 September 2004Abdullah dipilih sebagai Presiden UMNO, manakala Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Timbalan Presiden.
8 Oktober 2008Najib menang tanpa bertanding jawatan Presiden manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden.
2018
Keputusan Pemilihan Presiden UMNO:1. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) – 30 undi
2. Khairy Jamaluddin (Rembau) – 61 undi
3. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk) – 99 undi
Timbalan Presiden UMNO
1. Datuk Seri Mohamad Hasan (Rembau) – 131 undi
2. Tan Sri Annuar Musa (Ketereh) – 59 undi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Inspektor suruh gadis mangsa rogol kangkang dan merogol semula mangsa
- Kabinet bincang stabilkan harga BABI
- PAU UMNO: Tiada usul lain, hanya Usul Presiden – SUA
- Jurulatih tampar pemain: Iurulatih dari Iran terkejut dengan reaksi pemain
- Lelaki sedang berehat terkejut melihat Ular Tedung Selar melingkar di bawah sofanya
- Ismail Sabri & Hishammuddin dijangka tidak rebut jawatan Presiden UMNO, KJ mungkin buat kejutan
- Zahid maafkan 10 pemimpin UMNO, MCA dan MIC, mahu semua ‘move on’
- Penceroboh Menara Merdeka 118 dedahkan kenapa menara ikonik Malaysia jadi pilihan
- Bantah undang-undang pro-LGBTQ, wanita singkap skirt tunjuk ‘karipap’ [VIDEO]
- Mahathir dakwa Anwar tidak mampu urus negara
- Sejarah Dividen ASB dari tahun 1990 – 2022 [KEMASKINI]
- Tertekan dengan leteran isteri mahu anak dikhatankan, bapa ambil keputusan potong sendiri kemaluan anak
- Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
KKM sah pecat doktor HKL yang biadab dan kurang ajar dengan Najib
You must be logged in to post a comment.