Hajiji ‘buka langkah’, umum rombakan kabinet perkukuh kedudukan

 

Ketua Menteri, Hajiji Noor memaklumkan kabinet negeri Sabah bakal dirombak susulan perkembangan semasa politik di negeri itu.

Menerusi satu kenyataan ringkas petang tadi, katanya  maklumat terperinci berhubung rombakan itu akan dimaklumkan kemudian dan tidak menyebut sebarang tarikh.

“Maklumat lanjut akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya.

Hal itu turut disahkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri Sabah.

Rombakan Kabinet negeri itu dipercayai berikutan cubaan menggulingkan Hajiji yang dikatakan akan dilakukan menerusi kerjasama Parti Warisan dan beberapa pemimpin Umno Sabah.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika ditanya wartawan selepas solat Jumaat hari ini menafikan pergolakan politik di Sabah itu dan mengesahkan tiada perubahan kerajaan Sabah, seperti yang didakwa sejak semalam.

Katanya, dia telah mengubungi Hajiji, Presiden Warisan, Shafie Apdal dan Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin dan melakukan perbincangan  Ppresiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Ssetiausaha Agung DAP,  Anthony Loke dan “keadaan tenang sementara ini”.

Semalam, media melaporkan, cubaan menggulingkan Hajiji gagal dan mengaitkan ‘Langkah Kinabalu’ itu dengan gerakan daripada beberapa wakil rakyat Warisan dan Umno.

Sabah Bergolak: Hajiji kekal sebagai Ketua Menteri, Shafie Apdal gagal dapat sokongan

Ia semakin panas dengan tindakan tujuh Adun Umno yang mengadakan pertemuan dengan Hajiji di kediamannya.

Sebelum itu,  semua Adun Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) turut menyatakan sokongan kepada Hajiji.

Terdahulu, Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Ewon Benedick menyuarakan harapan agar Adun dan pemimpin PH Sabah disertakan menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri.

Keadaan di Sabah mengundang perhatian susulan tindakan Shafie memanggil sidang media semalam, di mana dia didakwa akan mengumumkan memiliki sokongan yang cukup untuk menjatuhkan pentadbiran Hajiji.

Sidang media itu, yang dijadual pada 4.30 petang, dibatalkan kira-kira dua jam kemudian.

Sementara itu, tujuh Adun PH semalam berkata mereka tidak membuat akuan berkanun (SD) untuk menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak selepas 2020.

Setiausaha Agung GRS Masidi Manjun pula berkata pihaknya sedia membuktikan Hajiji memiliki sokongan majoriti di DUN.

DUN Sabah memiliki 79 Adun dengan enam daripadanya merupakan Adun lantikan.

Kerajaan negeri kini memiliki sokongan 60 Adun, merangkumi 29 orang dari GRS, BN (17), PH (tujuh), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (tiga), Parti Bangsa Malaysia (satu), Parti Harapan Rakyat Sabah (satu), PN (satu) dan Bebas (satu).

Warisan pula memegang 19 DUN.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


KKM sah pecat doktor HKL yang biadab dan kurang ajar dengan Najib

Suami Isteri dicekup khalwat, kad nikah jadi penyalamat

Pendakwa GAGAL buktikan wang masuk dari MOF Saudi bukanlah derma

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker