Sekatan bertanding jawatan tertinggi UMNO hanya menyekat suara akar umbi – Ketua Bahagian

Sebarang sekatan atau halangan untuk jawatan tertinggi dalam UMNO untuk dipertandingkan, akan menafikan suara dan kemahuan perwakilan akar umbi, kata Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar.

Beliau berkata, dalam isu pemilihan presiden dan timbalan presiden, ia patut diserahkan kepada mereka bagi menentukan pemimpin yang dirasakan mampu untuk memulihkan imej UMNO di mata rakyat.

“Ada cadangan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan yang akan datang.



“UMNO seharusnya kembali kepada peraturan dan perlembagan parti yang telah disusun baik berkaitan kaedah dan tempoh masa untuk pemilihan pelbagai jawatan di semua peringkat.

“Membenarkan jawatan presiden dan timbalan presiden dipertandingkan bukan bermakna sudah ada pemimpin yang akan mencabar kedua-dua pemegang jawatan sedia ada, mungkin juga tiada yang ingin mencabar cuma hanya bersifat spekulasi,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambah Rizalman, jika ada pihak yang mahu bertanding jawatan presiden, maka ia peluang baik kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk membuktikan dirinya mempunyai keabsahan dan sokongan majoriti daripada ahli akar umbi untuk terus menerajui UMNO.

“Seterusnya membolehkan beliau terus melakukan program tranformasi parti dengan mandat yang jelas dan berwibawa daripada ahli akar umbi. Beliau akan menjadi presiden yang telah teruji dan lulus semua ujian dengan cemerlang.



“Justeru, biarkan ahli akar umbi menentukan siapa yang layak memimpin parti.

Secara peribadi saya yakin ahli akar umbi sangat matang dalam membuat keputusan dan akan meletakkan kepentingan parti mengatasi kemahuan individu,” ujarnya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


KKM sah pecat doktor HKL yang biadab dan kurang ajar dengan Najib

Suami Isteri dicekup khalwat, kad nikah jadi penyalamat



Pendakwa GAGAL buktikan wang masuk dari MOF Saudi bukanlah derma



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker