Perubahan kepimpinan perlu untuk UMNO kekal relevan

PETALING JAYA: Ahli Umno perlu bersikap berani mengubah kepimpinannya termasuk bagi jawatan presiden dalam pemilihan parti kelak sekiranya mahu melihat pembaharuan, kata penganalisis politik.

Mujibu Abd Muis dari Universiti Teknologi Mara berkata, pemilihan parti perlu menjadi platform untuk ahli-ahli membawa “pembaharuan penuh” susulan prestasi buruk Umno dalam pilihan raya umum (PRU15) November lalu.

“Berikan isyarat (untuk membuat pembaharuan) dengan menukar kepimpinan dari peringkat tertinggi hingga bahagian sekiranya mereka mahukan satu ‘makeover’.



“Jika mereka berani, pilih orang yang mencabar Ahmad Zahid Hamidi (bagi jawatan presiden). Kegagalan melakukan pembaharuan akan membawa kepada tahap pencapaian lebih buruk lagi pada PRU16 kelak,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, beliau ragu-ragu sama ada pemimpin parti akan membuka ruang untuk perubahan seperti itu “kerana mereka lazimnya berpaut pada jawatan parti dan menolak mereka yang dilihat mampu menjadi saingan”.

Umno hanya menang 27 kerusi dalam PRU15 apabila kalah kepada Perikatan Nasional (PN), pesaing utamanya untuk meraih undi Melayu.

Azeem Fazwan Ahmad Farouk dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, membawa pembaharuan dalam Umno bukanlah sesuatu yang mudah dibuat dengan sekadar menukar pimpinannya.



“Membawa pembaharuan terhadap Umno tidaklah semudah disangka,” kata pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa USM (Cenpris) itu. “Pilihan raya parti semata-mata tidak akan membawa perubahan yang diingini.”

Azeem berkata, struktur parti tidak membolehkan pembaharuan dilakukan sepertimana diperlukan. Katanya, pemimpin Umno akan menepis sebarang usaha seumpama itu walaupun ia sesuatu yang perlu, kerana mampu turut menjejaskan kedudukan mereka.

Susulan PRU15, Zahid berdepan desakan beberapa pemimpin Umno untuk meletak jawatan, selain supaya jawatan presiden dan timbalan presiden dipertanding dalam pemilihan parti.

Zahid berkata, sebagai seorang demokrat beliau menyerahkan kepada perwakilan ketika perhimpunan agung Umno nanti bagi menentukan sama ada jawatan presiden dan timbalan presiden Umno boleh ditandingi atau tidak.



Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 akan diadakan dari 11 hingga 14 Januari ini, dan hanya usul ucapan dasar presiden akan dibentang ketika itu, kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Maslan.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




KKM sah pecat doktor HKL yang biadab dan kurang ajar dengan Najib

Suami Isteri dicekup khalwat, kad nikah jadi penyalamat



Pendakwa GAGAL buktikan wang masuk dari MOF Saudi bukanlah derma

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker