Mampukah Rafizi “Berlari” Lebih Pantas Pulihkan Ekonomi Sedangkan Harga Minyak Pun Gagal Diturunkan
Oleh Norzahira
MEMANG mudah kerja mengkritik dan menghentam kerajaan yang Rafizi Ramli lakukan sebelum ini kerana kecenderungan rakyat mempercayai penipuan yang beliau lakukan sangat tinggi.
Cabaran sebenar menanti Rafizi yang kini telah dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam kerajaan Perpaduan.
Dengan angkuh Rafizi Ramli membuat kenyataan bersedia membawa perubahan ketara kepada ekonomi negara kerana sudah mendapat gambaran mencukupi bagi memikul tanggungjawabnya dengan lebih efisien selepas sebulan menjadi menteri.
Namun Rafizi gagal menyelami hati dan perasaan rakyat yang beliau telah tipu selama ini.
Masih terngiang-ngiang ditelinga rakyat, janji-janji Rafizi bersama PKR kononnya jika Pakatan Harapan mendapat peluang memerintah sekali lagi berbagai-bagai perkara diturunkan dan dihapuskan. Tambahan pula, kali ini Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Alasan beliau bukan Perdana Menteri yang berkuasa sudah tidak relevan.
Anwar ketika kempen PRU pada 2008 menyatakan hasil keuntungan minyak Petronas berjumlah RM80 bilion akan dipulangkan kepada rakyat dengan menurunkan harga minyak sekiranya pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya itu.
Ketika ramai yang menyindir beliau mengenai janji dibuatnya pada 2008 itu, Anwar memberi alasan beliau belum menjadi PM maka harga minyak tidak dapat diturunkan.
“Ramai sindir pasal apa (sambil mengulangi janji disebutnya pada 208) “menang hari ini turun minyak esok”….kenapa tak jadi?
“Mengapa tak jadi, sebab kita (PKR) tak memerintah dan saya tak jadi Perdana Menteri, nak buat macam mana?” katanya.
“Kalau dengan harga minyak sekarang tak ada sebab (harga) minyak tak boleh turun. Dengan harga minyak sawit sekarang, tidak ada sebab sebab minyak kepala sawit, terutama minyak mentah dan minyak makan tidak boleh diturunkan.
“Yang tak boleh diturunkan kerana pihak penguasa memikirkan cara nak menyelamatkan korporat di atas dan kita pula memikirkan cara menyelamatkan rakyat di bawah….itu bezanya,” katanya.
Apa yang pasti, Rafizi tidak mungkin dapat lari dari bayang-bayang formula yang tidak tertunai setelah ianya ditabur sejak tahun 2012 iaitu sebelum PRU13 sehingga PRU15.
Dalam kempen PRU13, Rafizi mendakwa Pakatan mampu menghapuskan hutang PTPTN dan menyediakan pendidikan tinggi percuma. Pada 21 April 2012, Rafizi menulis, ‘Hanya RM3b tambahan untuk pendidikan percuma’.
Formula untuk menghapuskan PTPTN masih boleh dibaca dalam blog Rafizi bertajuk ‘Soal jawab PTPTN: Kita Mampu Hapuskan PTPTN’.
Selain menghapuskan PTPTN, Rafizi dalam kempen-kempen PRU13 turut mengemukakan formula bagaimana harga minyak boleh turun sehingga RM1.50 seliter.
Dalam perkongsian bertajuk ‘Jawapan awal: Pakatan ada jalan laksanakan program Buku Jingga’ Rafizi berkongsi formula tersebut. Beliau turut mengemukakan formula bagaimana Pakatan boleh mengambilalih Lebuhraya PLUS untuk menghapuskan tol.
Dalam video bertarikh 9 April 2013, Rafizi mendakwa sejumlah RM4 bilion diperlukan bagi tujuan tersebut antaranya termasuk membeli konsesi tol daripada Khazanah dan KWSP yang memerlukan belanja RM1.4 bilion.
Malah Rafizi turut memberikan formula bagaimana harga kereta mampu diturunkan. Menurut beliau, harga kereta mahal disebabkan cukai yang tinggi dan sekiranya Pakatan menang, Rafizi bertekad supaya cukai berkaitan dihapuskan secara beransur-ansur.
Sehingga ke hari ini, rakyat masih ternanti-nanti janji harga minyak diturunkan namun ianya hanyalah janji kosong Rafizi dan Anwar.
Selagi Rafizi gagal menunaikan segala janji-janji pilihanraya maka rakyat tidak akan terima alasan dan janji-janji baharu beliau.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Inspektor suruh gadis mangsa rogol kangkang dan merogol semula mangsa
- Kabinet bincang stabilkan harga BABI
- PAU UMNO: Tiada usul lain, hanya Usul Presiden – SUA
- Jurulatih tampar pemain: Iurulatih dari Iran terkejut dengan reaksi pemain
- Lelaki sedang berehat terkejut melihat Ular Tedung Selar melingkar di bawah sofanya
- Ismail Sabri & Hishammuddin dijangka tidak rebut jawatan Presiden UMNO, KJ mungkin buat kejutan
- Zahid maafkan 10 pemimpin UMNO, MCA dan MIC, mahu semua ‘move on’
- Penceroboh Menara Merdeka 118 dedahkan kenapa menara ikonik Malaysia jadi pilihan
- Bantah undang-undang pro-LGBTQ, wanita singkap skirt tunjuk ‘karipap’ [VIDEO]
- Mahathir dakwa Anwar tidak mampu urus negara
- Sejarah Dividen ASB dari tahun 1990 – 2022 [KEMASKINI]
- Tertekan dengan leteran isteri mahu anak dikhatankan, bapa ambil keputusan potong sendiri kemaluan anak
- Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
KKM sah pecat doktor HKL yang biadab dan kurang ajar dengan Najib
Pendakwa GAGAL buktikan wang masuk dari MOF Saudi bukanlah derma
You must be logged in to post a comment.