Organ dalaman Suhaimi Saad gagal berfungsi kini bergantung alat bantuan pernafasan

KUALA LUMPUR: Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad, 43, dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru, Johor.

Menurut sumber Harian Metro, Suhaimi kini terpaksa ditidurkan dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan.

“Suhaimi dikatakan mengalami jangkitan hingga berlaku kegagalan organ dalaman dan kini bergantung kepada alat bantuan pernafasan sepenuhnya.

“Difahamkan dia mengalami batuk kronik sejak empat bulan lalu, cirit-birit selama tiga bulan dan berat badannya turun mendadak,” katanya kepada Harian Metro.

Difahamkan Suhaimi sudah berada di hospital berkenaan sejak Jumaat lalu.

Terdahulu, tular di media sosial menerusi hantaran pemilik akaun, Akumaru yang berkongsi berita keadaan Suhaimi yang didakwa kini sakit teruk dan memohon didoakan kesembuhan buat bekas anggota kumpulan In-Team itu.

Untuk rekod, Suhaimi berkahwin dengan penyanyi, Ina Naim pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir

Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap

Siti Nordiana gagal bawa watak ‘nakal’ Britney

Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker