Isham Jalil Dapat Restu Bekas MB Selangor

Oleh Nurul Aisyah

RAKYAT Selangor di Parlimen Shah Alam sangat teruja untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) memandangkan buat pertama kali Barisan Nasional (BN) mencalonkan seorang berwibawa, berintegriti dan muda yang sesuai dengan kehendak penduduk Shah Alam.

Calon BN Parlimen Shah Alam, Isham Jalil merupakan lulusan Universiti Harvard yang banyak memperjuangkan kepentingan rakyat ketika Pakatan Harapan (PH) menindas mereka selama 22 bulan memerintah.



Lebih manis bagi penduduk Shah Alam apabila Bekas Menteri Besar Selangor ke-11, Tan Sri Muhammad Muhd Taib atau lebih dikenali sebagai Mat Taib memberi restu kepada Isham Jalil untuk bertanding di Parlimen tersebut pada PRU15.

Isham memaklumkan perkara tersebut menerusi siaran langsung Facebooknya ketika sedang dalam perjalanan ke mesyuarat di Bangunan UMNO Bahagian Shah Alam semalam.

Dalam siaran tersebut, katanya beliau dimaklumkan bahawa Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor dan Persatuan Veteran UMNO Selangor telah mencadangkan namanya sebagai calon BN di Shah Alam.

Malah Isham Jalil turut menerima sokongan daripada veteran Mubarak Selangor, Datuk Salamon Selamat iaitu seorang tokoh dan nama besar semasa UMNO kuat di Shah Alam dulu.



Semoga ini menjadi “stepping stone” untuk Isham Jalil menang di Parlimen Shah Alam pada PRU15 yang akan berlangsung pada 19 November 2022.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker