Hanya Najib Mampu Letakkan Ekonomi Malaysia Lebih Tinggi Dari Singapura
Oleh Nurul Aisyah
TERBUKTI Pakatan Harapan (PH) gagal mengurus ekonomi negara ketika mereka menjadi kerajaan selama 22 bulan selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14). PH percaya pembohongan mereka sendiri sehingga tidak mampu bertindak waras mengurus pelaburan dan sebagainya.
Apa yang rakyat dapat lihat hanyalah gesaan ikat perut, menderma rela paksa, pendakwaan terpilih terhadap musuh politik PH, penjarahan duit Petronas dan penjualan besar-besaran aset-aset dipegang GLC yang memegang kepentingan orang Islam dan Bumiputera.
Masihkah kita ingat janji-janji palsu PH?
PH kata mereka akan pulihkan ekonomi negara sehingga warga Singapura akan datang untuk bekerja di Malaysia. Realitinya kadar pertumbuhan ekonomi Singapura adalah lebih tinggi berbanding Malaysia sejak Singapura berpisah dari kita.
Jarang kadar pertumbuhan KDNK Malaysia mengatasi Singapura. Namun perkara tersebut berubah sejak tahun 2011 setelah Pelan Transformasi Negara yang dimulakan Datuk Seri Najib Tun Razak mula berkesan.
Kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia mengatasi Singapura bagi 6 tahun berturut sehingga PRU14.
Tahun 2014: Singapore 3.9%, Malaysia 6.0%
Tahun 2015: Singapore 3.0%, Malaysia 5.1%
Tahun 2016: Singapore 3.6%, Malaysia 4.4%
Tahun 2017: Singapore 4.7%, Malaysia 5.9%
Malangnya kita di atasi oleh Singapura semula sejak dua tahun yang lalu apabila PH mengambil alih negara sejak PRU14. Begitu juga dengan kadar pertumbuhan nilai aset negara dimiliki Khazanah Nasional yang naik 262% dalam tempoh tahun 2009 hingga 2017 – iaitu hampir 6 kali lebih tinggi berbanding kadar dicatat Temasek Singapura bagi tempoh yang sama.
Kini nilai aset negara jatuh kembali sejurus selepas PRU14 di bawah kerajaan PH manakala Temasek Singapura terus naik.
Ketika zaman Najib, nilai Ringgit semakin kuat berbanding dolar Singapura. Namun selepas PRU14, nilai ringgit jatuh setelah PH ambil alih kerajaan dan tidak pernah memulih ke paras sebelum PRU14.
Data, fakta dan track-rekod merupakan bukti bahawa apa yang DAP janji adalah satu penipuan.
You must be logged in to post a comment.