Peluang BN Tawan Selangor Lepas PRU15
Oleh Tun Teja
BERITA negeri Selangor akan kekal tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan Parlimen sebagai mana keputusan diumumkan Pakatan Harapan (PH), sebelum ini disambut dengan perasaan lega dikalangan penyokong kuat Barisan Nasional (BN).
Ini bermakna Selangor akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun hadapan. Berdasarkan rekod prestasi BN setakat ini, parti tersebut sangat cemerlang dalam PRN. BN menang dengan majoriti besar di PRN Melaka dan PRN Johor. Dengan semua jentera memberi tumpuan khusus dalam PRN Selangor kelak maka negeri tersebut dijangka akan dapat ditawan semula oleh BN.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober 2022 bagi membuka laluan kepada PRU15. Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran.
Beberapa hari lalu Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mengesahkan Selangor kekal pendirian tidak membubarkan DUN selepas menghadiri mesyuarat tertutup PKR, di ibu pejabat parti itu.
Kemudian beliau menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam untuk memberikan taklimat berhubung perkara itu.
Baginda menitahkan kerajaan negeri supaya menyegerakan projek berkepentingan rakyat seperti tebatan banjir dan pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam sebelum pembubaran DUN dilakukan.
Dengan itu, secara rasminya DUN Selangor tidak membubarkan DUN susulan pembubaran Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.
Keengganan kerajaan PH dan Pas mengadakan pilihan raya serentak dengan PRU15 di negeri yang dikuasai mereka pada tahun ini, sebenarnya memberi kelebihan besar kepada UMNO-BN untuk merampasnya pada tahun hadapan.
Semoga Selangor kembali ke tangan BN menjelang 2023.