Jual gelaran ‘Datuk Seri’ RM60,000, 2 lelaki didakwa

Jual gelaran ‘Datuk Seri’ RM60,000, 2 lelaki didakwa

Dua lelaki dituduh di Mahkamah Shah Alam susulan terlibat penipuan menjual pengurniaan “Datuk Seri” pada harga RM600,000.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata dua suspek berkenaan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Melaka dan Selangor pada 15 dan 17 Mac.



Katanya, pada Februari lalu, pihaknya menerima satu laporan daripada seorang mangsa mendakwa ditipu dalam urusan mendapatkan pengurniaan darjah kebesaran negeri dengan syarat membuat bayaran sumbangan RM600,000.

“Untuk meyakinkan mangsa, suspek memberikan sepucuk surat kononnya dikeluarkan pihak istana bagi pengurniaan darjah tersebut. Akibat terpedaya dengan penipuan dan surat yang diterima, mangsa menyerahkan wang sebanyak RM140,000 secara berperingkat.

“Bagaimanapun, mangsa berasa ditipu apabila mendapati namanya tidak ada dalam senarai penerima darjah,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut Hussein berkata, semakan dengan pihak Istana Selangor mengesahkan tiada surat seperti itu dikeluarkan, selain ia adalah palsu.



Katanya, kedua-dua suspek dituduh di Mahkamah Shah Alam mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menasihatkan orang awam tidak terpedaya dengan tipu helah dilakukan individu atau kumpulan tertentu dalam urusan “pembelian darjah kebesaran”.

“Polis mendapat pengesahan bahawa tidak sesekali wujud penjualan darjah kebesaran daripada pihak istana. Kegiatan jenayah ini juga mencemarkan nama baik dan imej Istana Selangor,” katanya. FMT

Jual gelaran ‘Datuk Seri’ RM60,000, 2 lelaki didakwa



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Donald Trump bakal ditangkap esok



Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator

Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker