Pulangkan kereta saya – Shahrir

Pulangkan kereta saya – Shahrir

Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Ab Samad menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulangkan semula kereta Honda Civic Hybrid yang dirampas.

Veteran Umno itu berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Januari lalu sudah melepas dan membebaskan dirinya daripada pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Hari ini sudah 5 Mei, maknanya semalam sudah empat bulan sejak Mahkamah Tinggi menggugurkan kes SPRM terhadap saya.

“Namun sehingga kini, SPRM belum menyerah balik kereta yang mereka rampas dari keluarga sebelum saya didakwa di mahkamah.

“Semasa perbicaraan, Timbalan Pendakwa Raya dan SPRM panggil begitu ramai saksi termasuk jurujual, kerani syarikat jualan kereta itu, pegawai bank dan pegawai JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) Putrajaya, semata-mata membuktikan saya membeli kereta itu,” katanya di Facebook.

Katanya, mahkamah pula bertindak lebih pantas apabila menyerah kembali wang jaminan dan pasport kepadanya.

Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan supaya Shahrir dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta diterima daripada Datuk Seri Najib Razak melalui sekeping cek kepada LHDN.

Pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa pihaknya tidak berhasrat untuk meneruskan pendakwaan terhadap Shahrir. HM

Pulangkan kereta saya – Shahrir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker