Pengundi Jangan Salah Pilih, Nak Kerajaan Stabil… Pilihlah BN – Armand

Pengundi Jangan Salah Pilih, Nak Kerajaan Stabil… Pilihlah BN – Armand

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berharap para pengundi yang bakal melaksanakan tanggungjawab bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak tersalah pilih untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil.

Ujarnya, jika rakyat mahukan sebuah kerajaan yang stabil dan mahu berkhidmat demi kebajikan mereka maka pilihlah parti yang benar-benar sudah terbukti iaitu sebagaimana Barisan Nasional (BN).

“Kalau kita nak kerajaan stabil maka pilihlah parti yang benar-benar nak berkhidmat untuk rakyat. PRN ini adalah pertama kali dalam sejarah negara rakyat akan dapat menilai ketiga-tiga parti yang pernah menerajui pentadbiran kerajaan.

“Rakyat boleh menilai BN yang lebih 60 tahun mentadbir negara, kemudian Pakatan Harapan (PH) yang 22 bulan jadi kerajaan setelah diberikan mandat oleh rakyat dan akhirnya rakyat tahu bahawa PH gagal.

“Kemudian ada Perikatan Nasional (PN) tapi tak sampai pun 18 bulan dilihat tidak stabil dan kini kerajaan Keluarga Malaysia yang didukung oleh pemimpin UMNO.”
Ujarnya, rakyat perlu bijak menilai sebagaimana PH yang menyajikan janji-janji langit dan bulan tapi akhirnya tidak mengotakan apa-apa.

“22 bulan selepas diberikan mandat ternyata PH hanya lebih minat berpolitik sehinggakan rakyat tertekan dan kemudian bangkit menolak mereka, malah tujuh pilihan raya kecil (PRK) terakhir dalam pentadbiran PH menyaksikan mereka hilang kerusi.

“PN pula didukung parti-parti yang cuba menyelamatkan negara dan membentuk kerajaan apatah lagi dalam keadaan negara diuji dengan penularan awal COVID-19.”
Tegas Armand yang juga Senator Dewan Negara, rakyat boleh memilih tapi akhirnya nilai sendiri kerajaan sebagaimana yang mereka mahukan.

“Adakah parti yang hanya pandai berjanji tapi tak mengotakannya, hanya mampu memberikan e-wallet RM30 sahaja berbanding BN yang sebelumnya dicerca dan dihina. PH ini hanya tahu janji sahaja.

“PN pula adalah gabungan bekas pemimpin dari PH dan bekas pemimpin dari BN untuk selamatkan negara namun akhirnya dilihat bahawa pimpinan BN lebih ke hadapan dalam melaksanakan amanah menerusi agensi yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

“Jadi nak kerajaan seperti mana… yang hanya tahu berjanji atau parti yang benar-benar mahu kembalikan kestabilan untuk rakyat dan negara. Dalam hal ini UMNO/BN tidak pernah gentar berdepan dengan sesiapa sahaja demi untuk kestabilan rakyat dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel jemputan dalam segmen ‘Gegau Melaka: PRN Melaka- Jangan Salah Pilih Parti’ yang disiarkan menerusi platform facebook UMNO-Online, malam tadi.

Armand turut menyentuh soal penyatuan yang menolak dakwaan segelintir pihak terhadap parti dalam soal berkaitan.

“Kalau nak bercakap soal penyatuan orang Melayu maka sebenarnya UMNO dah buat lama sejak dahulu lagi. UMNO ditubuhkan hasil dari penyatuan persatuan-persatuan bangsa Melayu dan sehingga ke hari ini UMNO sentiasa bersifat terbuka untuk membentuk penyatuan dengan mana-mana pihak.

“UMNO sejak dahulu dan kemudian berkuasa lebih 60 tahun bersama BN tetap menyuburkan agenda perpaduan dan bersatu-padu bukan sahaja dalam kalangan bangsa Melayu tetapi juga tidak pernah mengepikan kaum-kaum lain,” katanya.

Dalam hal ini, beliau turut menolak tindakan segelintir pihak yang lebih suka menyerang dan bersikap negatif.

“Konsep menyerang dan bersifat negatif ini tidak boleh lagi digunapakai. Parti harus bergerak seiring dengan landskap politik hari ini iaitu memberikan penjelasan dan harapan untuk masa depan negara.

“Corak berkempen politik baru ini amat berbeza dengan 10 atau 15 tahun lalu. Hari ini rakyat lebih bijak menilai kerana rata-rata rakyat ingin melihat parti mana yang boleh memberi harapan yang tinggi, membawa kestabilan kepada negara atau parti mana yang boleh membawa kepada kecenderungan pembangunan, ekonomi dan kebajikan untuk masa hadapan mereka,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama Armand turut menekankan bahawa UMNO adalah parti yang sentiasa patuh pada peraturan dan perindangan termasuklah SOP dalam berkempen.
Terdahulu, SPR menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal pada 16 Nov, ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Okt lepas, susulan empat Ahli DUN menarik sokongan terhadap kepimpinan ketua menteri. – UMNO Online

Pengundi Jangan Salah Pilih, Nak Kerajaan Stabil… Pilihlah BN – Armand

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mike Tyson bidas pemimpin Melayu UMNO, Bersatu dan PAS

Keputusan PRN Melaka jadi penentu hala tuju PAS-PN dalam PRU15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker