DAP akui MCA mempunyai organisasi yang kuat di DUN Triang

 

 

DAP hari ini menyatakan kesediaan mereka mempertahankan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Triang, Bera, yang dimenangi parti itu dan dipertahankan sejak 1990.

Penyandang kerusi itu, Leong Yu Man, berkata walaupun MCA mempunyai organisasi yang kuat di kawasan berkenaan, dia percaya persaingan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang akan memberi manfaat kepada pengundi dan komuniti di situ.

Katanya Leong, memang kawasan Triang pernah menjadi kubu kuat MCA iaitu pada 1970-an dan 1980-an, malah wakil rakyat dari parti terbabit juga ada dilantik sebagai exco.

Justeru katanya dapat difahami apabila MCA kini bersungguh-sungguh untuk memenangi semula di kerusi tersebut.

“Saya sambut baik kesungguhan mereka (MCA) dan kali ini DAP akan berusaha untuk memastikan Triang kekal milik kami,

Untuk rekod, Leong bukanlah asing kepada penduduk Triang kerana bapanya, Leong Ngah Ngah sendiri adalah wakil rakyat di kawasan terbabit selama dua penggal.

Semalam, Pengerusi MCA Bera, Teh Kim Seng, berkata parti itu sedia menyahut cabaran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk merampas kerusi Dun Triang yang dikuasai DAP.

Teh berkata sudah sampai masanya kerusi itu diberikan kepada MCA kerana selama ini kawasan terbabit ditandingi calon Gerakan.

Dia turut memberitahu, jentera MCA Bera sudah bersedia untuk memastikan kerusi Triang menjadi milik BN pada PRU ke-15.

Dalam pada itu, Leong berkata, DAP pernah tewas di Triang pada 1986 kepada calon MCA, Mok San Hong.

Namun, katanya, walaupun kalah, DAP tidak menutup pusat khidmat dan terus memberi bantuan kepada penduduk di Triang.

Jelasnya lagi, setiap kali pilihan raya diadakan, DAP melakukan kerja dengan serius dan sentiasa bersedia untuk berdepan dengan calon dari MCA atau pun Gerakan.

“Saya harap PRU ke-15 nanti dikendalikan dengan bebas, adil dan telus untuk memastikan sistem demokrasi di Malaysia dapat terus diperkasakan,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker