‘Keadilan tuntut perbicaraan paling adil’, Shafee kesal keputusan kes Najib

Peguam Shafee Abdullah berkata, beliau ‘amat kecewa’ dengan keputusan 4-1 Mahkamah Persekutuan, tetapi berasa senang dengan suara tunggal yang menentang.

‘Keadilan tuntut perbicaraan paling adil’, Shafee kesal keputusan kes Najib

Shafee Abdullah menekankan kepentingan perbicaraan yang adil selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib Razak untuk menyemak semula sabitan dan hukumannya dalam kes rasuah SRC International.

Peguam kanan itu berkata, beliau “amat kecewa” dengan penghakiman Mahkamah Persekutuan, yang telah diputuskan dengan majoriti 4-1, tetapi berasa senang adanya suara tunggal yang menentang.

Shafee berkata, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli tepat apabila memetik Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan yang membenarkan mahkamah menghalang ketidakadilan dan penyalahgunaan proses perbicaraan semasa membuat penghakiman.

“Ini menunjukkan ketidakadilan telah berlaku berhubung kes Najib,” katanya kepada wartawan di Istana Kehakiman di sini.

“Keadilan bukan sahaja untuk mengetahui sama ada seseorang itu bersalah atau tidak, tetapi juga mengenai proses memberikan perbicaraan paling adil.”

Beliau berkata, keputusan mahkamah hari ini berisiko menetapkan “duluan buruk bagi perbicaraan tidak adil”.

Shafee berkata, pasukan guaman Najib akan mempertimbangkan tindakan seterusnya, sama ada melalui proses mahkamah atau cara lain, tanpa mendedahkan butirannya.

Dalam keputusan majoriti pagi tadi, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk menyemak sabitan dan hukumannya dalam kes SRC International.

Najib akan terus menjalani baki tempoh penjara 12 tahunnya, melainkan mendapat pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.

Pada 28 Julai 2020, Najib disabitkan oleh Hakim Nazlan Ghazali, yang ketika itu hakim Mahkamah Tinggi, atas kesalahan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah berhubung dana SRC berjumlah RM42 juta.

Dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. FMT

‘Keadilan tuntut perbicaraan paling adil’, Shafee kesal keputusan kes Najib

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Parti lain tak minta pun pemimpin letak jawatan lepas kalah PRU

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya maafkan, tapi tak akan lupa perbuatan Sophia

Athira Yuhada saman Nurul Shuhada

Korek hidung batal puasa?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker