Mahkamah Mahu Selesaikan Kes Rayuan Najib Secara Tergesa-gesa – Peguam Kanan

Oleh Tun Teja

BERBAGAI-bagai reaksi diterima apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk menolak permohonan pasukan peguam bela Datuk Seri Najib Razak(DSN) yang baharu untuk diberi lebih masa membuat persiapan terhadap kes rayuannya.

Ramai pihak dilanda kebingungan dan persoalan sama ada mahkamah bertindak terlalu tegas ke atas DSN dalam mencapai keputusan itu.

“Mahkamah Persekutuan nampaknya menguruskan penjadualan kes rayuan (Najib) ini dengan amat ketat. Ia memberikan gambaran salah, seolah-olah mahkamah mahu menyelesaikan kes rayuan ini secara tergesa-gesa. Ini sesuatu yang merunsingkan,” kata seorang peguam kanan

Kes Rayuan SRC ini membabitkan penelitian ribuan muka surat kenyataan saksi, keterangan dokumentar yang dikemukakan semasa perbicaraan, penghakiman bertulis kedua-dua Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, serta nota keterangan yang direkodkan sepanjang keseluruhan prosiding.

Oleh itu, ramai pihak berpendapat rayuan peguam memohon diberikan lebih banyak masa dilihat sangat munasabah kerana penangguhan rayuan perlu bagi membenarkan mereka membentangkan kes anak guam mereka pada tahap kecekapan yang setimpal dengan status dan sifat rayuan di mahkamah tertinggi negara.

DSN turut memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan Jun lalu untuk dibenarkan mengemukakan keterangan lanjut. Beliau juga memohon mahkamah memerintahkan perbicaraan semula atas dakwaan Nazlan sepatutnya menarik diri sebagai hakim kesnya kerana konflik kepentingan.

Segala perkembangan ini merangkumi isu-isu perlembagaan dan perundangan yang menuntut firma guaman baharu DSN membuat persiapan rapi dalam rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.

Rakyat melihat DSN berhak mendapat layanan lebih adil di ambang rayuan mahkamah terakhir yang bakal menentukan hidupnya. Mereka menilai. Akhirnya rakyat yang akan menjadi “hakim” kerana mereka yang akan mengundi dalam PRU-15 kelak.

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker