Resepi Kuih Lompang Lembut Berlesung Pipit
Resepi Kuih Lompang Lembut Berlesung Pipit
Resepi Kuih Lompang Lembut Berlesung Pipit. Nak tau bagaimana cara untuk menyediakan kuih lompang yang sedap, lembut gedik-gedik, dan berlesung pipit cantik je, jom ikut cara kita sediakan kuih tradisional melayu ni.
Lompang ni manis rasanya hasil dari gabungan tiga jenis gula, ditambah pula dengan aroma yang harum dan meyelerakan dari daun pandan serta digabungkan dengan kelapa parut yang lemak masin.
Resepi ni tak perlukan bahan yang banyak, cuma ada beberapa tips yang perlu diberi perhatian supaya kita dapat hasilkan kuih lompang yang perfect dari segi texture dan rasa.
Resepi Kuih Lompang Lembut Berlesung Pipit
Masa Penyediaan: 15 minit,
Masa Memasak:20 minit,
Jumlah Hidangan:25 biji kuih
Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk air gula:
1/4 cawan gula putih
1/2 cawan gula merah
1/2 keping gula nisan (kalau tak letak gula nisan, masuk sukatan gula putih menjadi 1/2 cawan)
2 1/2 cawan air
1 helai daun pandan
Bahan-bahan untuk kuih lompang (lain-lain):
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu membukit tepung ubi
1/2 sudu kecil air kapur
Sedikit minyak, untuk sapuan pada acuan
Bahan-bahan untuk hiasan kelapa:
1/2 biji kelapa parut
1/2 – 1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan
Cara Penyediaan:
Masak kesemua bahan untuk air gula.
Kacau sehingga gula larut dan mendidih.
Tapis dan sejukkan.
Masukkan tepung beras dan tepung ubi ke dalam mangkuk. Tuang air gula dan air kapur dan kacau sebati. Setelah sebati, tapis adunan supaya dapat pastikan tak ada ketulan yang tertingggal.
Sapu acuan lompang dengan sedikit minyak. Susun dalam tray dan kukus acuan kosong selama 5 minit.
Setelah kukus, tuang adunan lompang sehingga ¾ penuh. Kukus kembali selama 15-20 minit. Setelah kuih lompang masak keluarkan dari periuk kukusan dan sejukkan. Jangan keluarkan dari acuan ketika panas.
Sementara menunggu, gaul sekata bahan hiasan atas iaitu kelapa parut, garam dan daun pandan. Kukus selama 5 minit.
Hias atas kuih lompang.
Tips:
Tujuan kita kukuskan dulu acuan selama 5 minit ialah supaya kuih lompang menjadi ‘lesung pipit di tengahnya nanti bila dikukus
Air kapur berfungsi sebagai bahan untuk menjadikan tepung lebih kenyal apabila dikukus nanti.
Resepi Che Nom
Banyak lagi Resepi disini
Like FB MyKMU disini
You must be logged in to post a comment.