Muhyiddin Gagal Jalankan Tugas Pengerusi MPN

Oleh Tun Teja

RATA-rata rakyat Malaysia berpendapat Tan Sri Muhyiddin Yassin GAGAL menjalankan tugas sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN). Isu prestasi majlis itu telah beberapa kali dibangkitkan oleh rakyat.

Pada 31 Mei 2022 Kerajaan perkenalkan Tabung RM500 juta di bawah kawalan Bank Negara Malaysia untuk memberi pinjaman mudah bagi menggalakkan pengeluaran bahan makanan.



Ironinya pada 26 Julai 2022 pula Pengerusi MPN bertaraf menteri kata MPN syorkan kerajaan perkenalkan satu Tabung di bawah kawalan Bank Negara Malaysia untuk memberi pinjaman mudah bagi menggalakkan pengeluaran bahan makanan.

Ramai pihak melihat perkara ini sebagai “jokes of the year” memandangkan cadangan yang diberi oleh MPN telah disyorkan dua bulan sebelum itu. Ini namanya ciplak idea.

Sebagaimana yang kita tahu masalah inflasi sedang mencengkam rakyat ketika ini. Ramai yang mempersoalkan apa yang MPN lakukan. Selepas berbulan-bulan MPN menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa, “meeting”, “workshop” dan kajian, akhirnya Muhyiddin sebagai Pengerusi MPN bertaraf Menteri “berjaya” mencari formula untuk kurangkan inflasi iaitu dengan memberi subsidi kepada golongan B40.



Memang rakyat “tepuk dahi” mendengar cadangan Muhyiddin tersebut.

Mengimbas kembali beberapa tindakan Muhyiddin yang menjerumuskan negara ke dalam situasi kemelesetan ekonomi yang buruk sedangkan negara-negara jiran mampu bangun dan maju walaupun ditimpa pandemik Covid-19 yang sama.

Ketika Muhyiddin Yassin mengadap KDYMM Agong di Istana Negara pada 11 januari 2020, beliau dikatakan sudah hilang sokongan majoriti dari ahli-ahli dewan rakyat serta tiada lagi keabsahan sebagai perdana menteri untuk menasihati Tuanku Agong.

Beliau dilihat mempunyai ‘niat jahat’ untuk berselindung di sebalik pandemik Covid-19 bagi mengekalkan kedudukannya sebagai perdana menteri.



Ini bermakna Muhyiddin Yassin tidak mempunyai ‘locus standi’ untuk menasihati KDYMM Agong bagi mengisytiharkan darurat pada saat dan ketika itu.

Demi untuk mengekalkan kuasa, Muhyiddin telah memperjudikan kestabilan ekonomi negara dengan menasihati KDYMM Agong ke arah meluluskan pengisytiharan darurat yang paling panjang dalam dunia. Kesannya negara jiran semakin maju dan bangkit dari kemelesetan ekonomi tetapi Malaysia mundur kebelakang. Kini individu yang sama pula diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi MPN. Patutlah ekonomi negara teruk.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker