Pawagam rugi tunda filem Thor: Love And Thunder
Pawagam rugi tunda filem Thor: Love And Thunder
Penundaan filem berskala mega dari produksi Hollywood mencetuskan kebimbangan kepada operator pawagam di Malaysia, termasuk Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV Cinemas (TGV).
Terbaru, penundaan demi penundaan tarikh tayangan filem Thor: Love And Thunder menambahkan keresahan industri pawagam, sekali gus membuat peminat karakter ciptaan produksi Marvel Cinematic Universe (MCU) itu tertunggu-tunggu.
Filem sekuel keempat terbitan Marvel Studios dan diedarkan Walt Disney Studios Motion Pictures itu sepatutnya ditayangkan pada 7 Julai lalu, namun, ditunda kepada 21 Julai ini.
Namun, filem arahan Taika Waititi mengisahkan Thor ingin mencari ketenangan, tetapi diganggu pembunuh galaksi dikenali Gorr the God Butcher itu ditunda sekali lagi, bahkan tarikh tayangan baru masih belum didedahkan.
Rentetan ditunda, pihak pawagam terpaksa membuat pemulangan semula duit kepada penonton yang membeli tiket tayangan awal.
Ketua Pegawai Eksekutif GSC yang juga Pengerusi Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE), Koh Mei Lee, berkata ia adalah satu kerugian besar kepada sektor pawagam apabila filem ditunggu tayangannya ditunda atau dibatal tanpa notis.
Ini katanya, termasuklah situasi sama apabila filem animasi Disney, Lightyear yang mengandungi elemen mempromosi gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan turut tidak dibenarkan ditayangkan di lebih 10 negara, termasuk Malaysia.
“Industri pawagam sudah bergelut pada era pandemik COVID-19 apabila operasi terpaksa dihentikan pada 2020 dan 2021.
“Jadi, kandungan dipaparkan amat penting ketika sektor pawagam kembali bernafas dengan kebangkitan beberapa filem.
“Jujurnya, sektor pawagam baru bernyawa sejak dua bulan lalu. Ini disaksikan menerusi pertambahan graf kebanjiran penonton ke pawagam untuk menonton karya blokbuster dan pecah panggung,” katanya kepada BH Online.
Tambah Koh, penundaan filem berskala mega seperti Thor: Love And Thunder menyebabkan pawagam terpaksa menanggung kerugian cukup ‘parah’, sekali gus merencatkan pertumbuhan sektor berkenaan secara keseluruhan.
“Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness yang juga edisi adiwira baharu keluaran Marvel Studios yang ditayangkan Mei lalu melakar kejayaan besar dengan kutipan pecah panggung RM47 juta.
“Lalu, sandaran dan harapan kami juga besar untuk filem Thor: Love And Thunder dengan jangkaan kutipan sekitar RM60 hingga RM65 juta. Filem lakonan Chris Hemsworth ini memang dinantikan kaki wayang.
“Jika membandingkan kutipan diterima untuk filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness dan Avengers: Endgame, kami menjangkakan berdepan kerugian kira-kira empat juta penonton sekiranya filem Thor: Love And Thunder tidak ditayangkan,” katanya.
Koh berkata, dia berharap akan mendapat penjelasan daripada pihak MCU dan Walt Disney Studio sekiranya filem yang turut dibintangi Christian Bale, Natalie Portman dan Russel Crowe itu terus ditunda.
“Kami tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi apabila filem ini terus ditunda. Cuma, kami berharap mendapat penjelasan kenapa terus ditunda.
“Kami juga berharap ada titik penyelesaian secepat mungkin.
“Ini kerana ia memberi kesan jika filem berskala mega yang akan berdepan situasi sama pada masa akan datang. Lalu, ia sukar buat sektor pawagam terus bertahan,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran TGV Cinemas, Mohit Bhargava, berkata bukan setakat sektor pawagam terkesan apabila filem berskala mega dibatalkan tanpa notis.
Namun, katanya, tempiasnya juga terkena kepada pusat beli-belah.
“Apabila orang ramai ke pawagam, sudah tentu mereka juga memanfaatkan pusat beli-belah. Mereka akan menjamu selera dan membeli pelbagai barangan.
“Jadi, anggaran kerugian empat juta penonton yang keluar masuk pusat beli-belah akan meninggalkan impak besar kepada kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam negara,” kata Mohit.
Mohit turut berpendapat, jika banyak filem dibatalkan tayangan, gejala cetak rompak akan kembali terjadi.
“Jika masyarakat tidak boleh menonton wayang di pawagam, mereka akan kembali beralih ke platform lain, termasuk membeli filem cetak rompak.
“Ini termasuklah memuat naik secara tidak sah daripada internet. Itu juga mengundang kerugian besar untuk industri pawagam.
“Peningkatan gejala cetak rompak secara jelas akan mengurangkan minat pihak produksi Hollywood untuk menayangkan filem di Malaysia.
“Kami mahu elak semua perkara untuk memberikan banyak kesenangan terutama peminat filem menikmati hiburan berterusan,” kata Mohit.
Mohit berkata, pihaknya masih kabur dengan penundaan filem Thor: Love And Thunder.
“Kami bingung. Kami hanya diberitahu filem Thor: Love And Thunder ditunda tanpa alasan konkrit.
“Jadi, kami harus memahami isu mendasari penundaan filem ini. Jadi, kami mengharapkan penjelasan untuk sama-sama membangun. Jika tidak, kami umpama berpaut di dahan rapuh,” kata Mohit. BH
Pawagam rugi tunda filem Thor: Love And Thunder
Baca Artikel Menarik:
- Anwar ulangi janji hancing, Rafizi macam budak kalah main guli
- Siti Nuramira dan teman berjaya dapat sumbangan RM40,000 untuk bayar wang ikat jamin
- Pilihanraya Umum ke-15: Ini 25 ujian sebenar
- Najib cabar Rafizi, “..buatlah laporan polis tak takut pun..”
- Najib bidas Rafizi, lemah tidak mampu sanggah fakta saya
- Kutip duit kertas dalam tandas, wanita alami lumpuh tubuh badan
- Percaya dirasuk syaitan, anak bunuh ibu guna tukul
- Influencer Umur 30 Tahun Ke Atas Dianggap Terlalu Tua, ‘Cantik Je Tak Cukup’..Diminta Jauhi TikTok
- Penduduk temui ikan gergasi terdampar selepas banjir
- Penjara Ini Dianggap ‘Neraka’ Dunia… Bau Busuk Lebih 1 Kilometer, Banduan Lapar Makan Manusia
- Kecoh dan panik di Klang, bas pekerja terbakar bergerak sendiri
- Polis Syak 30 Wanita Jadi Mangsa Pakar Bius Jijik Masukkan Kemaluan Dalam Mulut Pesakit
- Lelaki hina Nabi Muhammad dan Islam sudah ditahan polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saifuddin sindir Rafizi, tegur Imam dalam solat pun ada adab dan akhlaknya
Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib