Bekalan melebihi permintaan, Malaysia perlu eksport semula ayam ke luar negara
Bekalan melebihi permintaan, Malaysia perlu eksport semula ayam ke luar negara
Kerajaan digesa untuk membenarkan semula eksport ayam ke luar negara memandangkan bekalan sudah pulih di pasaran selain pengeluaran melebihi permintaan.
Jurucakap sebuah NGO penyelidik pasaran ayam, Hanafi Mukhriz berkata, rekod pengeluaran ayam dalam negara adalah sebanyak 106% berbanding tahap sara diri (SSL).
Katanya, semakan harga jualan ayam di beberapa buah negara di dunia menyaksikan, Malaysia merupakan negara menjual ayam pada harga yang rendah.
“Justeru, rugi sekiranya kerajaan meneruskan larangan mengeksport ayam daging/segar ini ke luar negara walaupun beberapa sekatan sebelum ini telah pun ditarik balik yang menyebabkan penternak rugi dalam tempoh jangka masa panjang.
“Penternak ayam di Malaysia sudahpun berdepan kehilangan pasaran apabila Singapura bertindak membeli ayam dari Indonesia dan bekalan itu masuk mulai minggu lalu, selepas kita menguatkuasakan larangan penjualan ayam daging/segar ke republik itu,” katanya.
Dalam pada itu, Hanafi berkata, Malaysia haruslah menawarkan semula produk ayam hidup/segar ini ke pasaran dunia memandangkan harga jualan komoditi tersebut merupakan terendah di Asia tenggara ketika ini.
Katanya, dengan kebenaran semula itu, Malaysia boleh menjadi pemain utama penjualan ayam di Asia dan sekaligus menarik pelabur asing untuk terus melabur di sini.
“Jika sekarang ini tahap SSL 106%, ianya boleh ditingkatkan lagi kepada kadar melebihi 135% sekiranya penternak meningkatkan pengeluaran mereka.
“Untuk membenarkan perkara itu berlaku, maka penternak mesti menarik pelabur asing membuat pelaburan di di ladang mereka,” katanya.
Beliau juga berkata, perkara itu boleh dilakukan dengan kerajaan dan pihak penternak duduk semeja, berunding seperti sedang dijalankan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Ronald Kiandee masa ini.
Katanya, apa yang penting penternak mahu membuat keuntungan daripada perniagaan yang dijalankan manakala kerajaan memastikan rakyat tidak terputus bekalan dan mendapat harga yang adil kepada mereka.
“Penternak ini pula tidak menyalahgunakan subsidi yang diterima dengan menuntut semula bagi setiap kilogram dijual sedangkan ayam tersebut tidak dijual di dalam negara,” katanya.
Pada Khamis lalu, Ronald berkata, larangan eksport ayam kini hanya terhad kepada ayam bulat atau ayam hidup.
Katanya, manakala produk ayam lain selain daripada ayam bulat ini telah pun dibenarkan eksport. FMT
Bekalan melebihi permintaan, Malaysia perlu eksport semula ayam ke luar negara
Baca Artikel Menarik:
- Anwar ulangi janji hancing, Rafizi macam budak kalah main guli
- Siti Nuramira dan teman berjaya dapat sumbangan RM40,000 untuk bayar wang ikat jamin
- Pilihanraya Umum ke-15: Ini 25 ujian sebenar
- Najib cabar Rafizi, “..buatlah laporan polis tak takut pun..”
- Najib bidas Rafizi, lemah tidak mampu sanggah fakta saya
- Kutip duit kertas dalam tandas, wanita alami lumpuh tubuh badan
- Percaya dirasuk syaitan, anak bunuh ibu guna tukul
- Influencer Umur 30 Tahun Ke Atas Dianggap Terlalu Tua, ‘Cantik Je Tak Cukup’..Diminta Jauhi TikTok
- Penduduk temui ikan gergasi terdampar selepas banjir
- Penjara Ini Dianggap ‘Neraka’ Dunia… Bau Busuk Lebih 1 Kilometer, Banduan Lapar Makan Manusia
- Kecoh dan panik di Klang, bas pekerja terbakar bergerak sendiri
- Polis Syak 30 Wanita Jadi Mangsa Pakar Bius Jijik Masukkan Kemaluan Dalam Mulut Pesakit
- Lelaki hina Nabi Muhammad dan Islam sudah ditahan polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saifuddin sindir Rafizi, tegur Imam dalam solat pun ada adab dan akhlaknya
Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib