Wanita Pukul Kepala Ibu Kandung Guna Tukul Hingga Mati
Wanita Pukul Kepala Ibu Kandung Guna Tukul Hingga Mati
Dakwa ibu dirasuk syaitan, seorang wanita tergamak memukul ibunya hingga mati dengan menggunakan tukul. Insiden ngeri itu dipercayai berlaku di kediaman mereka yang terletak di Bronx, New York.
Memetik laporan New York Post, suspek yang dikenali dengan nama Charlene Novoa berusia 26 tahun telah ditahan sekitar jam 2 pagi pada Sabtu lalu selepas didakwa membunuh ibu kandungnya, Silma Garcia berusia 66 tahun. Pihak polis yang tiba di tempat kejadian memaklumkan bahawa kediaman tersebut kelihatan sangat kotor dan dipenuhi dengan timbunan sampah. Lebih mengejutkan apabila mereka melihat mangsa yang sudah tidak bernyawa ditemui di bawah katil di dalam bilik rumah berkenaan.
Anggota polis juga melihat tangan dan muka mangsa dipenuhi dengan kesan cakaran dipercayai dilakukan sendiri olehnya. Suspek juga mendakwa dia telah memukul ibunya dengan sesuatu yang berat. Sementara anak lelaki mangsa iaitu Marcos yang tinggal di apartmen itu mendakwa bahawa suspek memberitahu, dia telah memukul ibu mereka menggunakan tukul hingga mati kerana percaya mangsa dirasuk oleh syaitan.
Hasil siasatan awal mendapati mangsa mengalami kesan pukulan pada bahagian kepala dan badan. Sementara jiran tetangga mendakwa tidak sangka suspek tergamak melakukan perbuatan itu kerana dia merupakan seorang anak yang sangat pendiam. Suspek yang telah ditahan polis akan didakwa dan siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan. OB
Wanita Pukul Kepala Ibu Kandung Guna Tukul Hingga Mati
Baca Artikel Menarik:
- Anwar ulangi janji hancing, Rafizi macam budak kalah main guli
- Siti Nuramira dan teman berjaya dapat sumbangan RM40,000 untuk bayar wang ikat jamin
- Pilihanraya Umum ke-15: Ini 25 ujian sebenar
- Najib cabar Rafizi, “..buatlah laporan polis tak takut pun..”
- Najib bidas Rafizi, lemah tidak mampu sanggah fakta saya
- Kutip duit kertas dalam tandas, wanita alami lumpuh tubuh badan
- Percaya dirasuk syaitan, anak bunuh ibu guna tukul
- Influencer Umur 30 Tahun Ke Atas Dianggap Terlalu Tua, ‘Cantik Je Tak Cukup’..Diminta Jauhi TikTok
- Penduduk temui ikan gergasi terdampar selepas banjir
- Penjara Ini Dianggap ‘Neraka’ Dunia… Bau Busuk Lebih 1 Kilometer, Banduan Lapar Makan Manusia
- Kecoh dan panik di Klang, bas pekerja terbakar bergerak sendiri
- Polis Syak 30 Wanita Jadi Mangsa Pakar Bius Jijik Masukkan Kemaluan Dalam Mulut Pesakit
- Lelaki hina Nabi Muhammad dan Islam sudah ditahan polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saifuddin sindir Rafizi, tegur Imam dalam solat pun ada adab dan akhlaknya
Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib
You must be logged in to post a comment.