New Zealand catat inflasi tertinggi dalam tempoh 32 tahun

New Zealand catat inflasi tertinggi dalam tempoh 32 tahun

WELLINGTON – Inflasi di New Zealand melonjak kepada 7.3 peratus sekali gus tertinggi dalam tempoh 32 tahun, demikian menurut angka rasmi yang dikeluarkan hari ini.

Pendorong utamanya adalah kenaikan harga bahan api seperti petrol dan diesel di samping peningkatan kos makanan serta perumahan, demikian menurut angka rasmi, Stats NZ yang meletakan kadar inflasi kini menyamai paras tertinggi dalam tahun 1990.

“Masalah rangkaian bekalan, kos buruh dan permintaan tinggi yang berterusan menyebabkan kos pembinaan rumah baharu meningkat,” kata pegawai Stats NZ, Jason Attewell.

Awal bulan ini, bank pusat New Zealand meningkatkan kadar faedah penanda aras kepada paras tertinggi sejak enam tahun lalu dan memberi amaran bahawa peningkatan seterusnya mungkin berlaku.

Ketua pakar ekonomi ANZ, Sharon Zollner memberitahu stesen televisyen tempatan, TVNZ bahawa wujud risiko harga barang akan meningkat lebih tinggi.

Katanya, walaupun inflasi menyebabkan kehidupan pengguna menjadi sukar, mereka masih terus berbelanja.

“Kerajaan tidak boleh mengubah faktor global yang menjadi punca kenaikan harga berlaku,” kata Menteri Pengangkutan, Michael Wood.

Semalam kerajaan New Zealand menyatakan bahawa langkah bantuan untuk bahan api dan pengangkutan awam akan diteruskan sehingga Januari tahun depan. K Online

New Zealand catat inflasi tertinggi dalam tempoh 32 tahun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hafal Al-Quran Sejak Umur 14 tahun, Personaliti Media Sosial Khaby Lame Paling Popular Di TikTok [VIDEO]

Saifuddin sindir Rafizi, tegur Imam dalam solat pun ada adab dan akhlaknya

Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker