Bantuan Keluarga Malaysia ditambah jika harga barang masih belum stabil
Bantuan Keluarga Malaysia ditambah jika harga barang masih belum stabil
Kerajaan tidak menolak kemungkinan menambah lagi jumlah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi golongan B40 jika harga barang masih belum stabil.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, kerajaan juga tidak menolak kemungkinan menambah subsidi kepenggunaan sedia ada sebanyak RM77 bilion.
“Saya umum pada Fasa 2 BKM kita tambah daripada RM400 jadi RM500. Kita tambah RM100, bukan `beri rm100′. Keseluruhan kepada golongan B40 setahun RM2,600.
“Kita ada dua fasa lagi iaitu Fasa Ketiga dan Keempat. kita akan tengok keadaan jika perlu naikkan lagi. Kalau harga telah stabil kita tidak naikkan.
“Komitmen kerajaan bantu rakyat tangani kos sara hidup juga dibuktikan dengan meningkatkan pemberian subsidi kepada RM77 bilion tahun ini dan mungkin bertambah lagi berbanding peruntukan asal RM31 bilion pada 2020,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan memastikan kestabilan harga barangan.
Terdahulu, Ismail Sabri menerangkan, kenaikan harga barang merupakan suatu fenomena global yang sedang berlaku di seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali.
Menurut beliau, kenaikan berlaku akibat pandemik Covid-19, perubahan iklim melampau serta konflik Rusia-Ukraine yang menyebabkan berlaku krisis makanan dunia.
Jelas beliau, Malaysia merupakan negara pengimport makanan dan terpaksa mengimport RM63.06 bilion makanan setahun sama ada makanan secara langsung atau tidak langsung.
“Makanan secara langsung seperti bawang dan gandum. Makanan tidak langsung seperti makanan haiwan yang turut menyumbang kepada kenaikan harga haiwan seperti ayam.
“Kita mengimport bijiran gandum dan kacang soya sebagai contoh dan kos pengeluaran ayam 70 peratus disumbang oleh makanan,” katanya.
Bagaimanapun, kata beliau, pemberian subsidi oleh kerajaan menyebabkan inflasi di Malaysia paling rendah di Asia Tenggara dan berkemungkinan paling rendah di seluruh dunia.
Jelas beliau, inflasi di Malaysia kekal pada 2.8 peratus berbanding Thailand (7.7 peratus), Singapura (5.6 peratus), Indonesia (4.4 peratus) United Kingdom dan Amerika Syarikat masing-masing 9.1 peratus.
“Maknanya kerajaan berbelanja lebih RM77 bilion bagi pastikan rakyat tidak terkesan teruk akibat daripada kenaikan harga barang yang berlaku di seluruh dunia,” katanya. K Online
Bantuan Keluarga Malaysia ditambah jika harga barang masih belum stabil
Baca Artikel Menarik:
- Anwar ulangi janji hancing, Rafizi macam budak kalah main guli
- Siti Nuramira dan teman berjaya dapat sumbangan RM40,000 untuk bayar wang ikat jamin
- Pilihanraya Umum ke-15: Ini 25 ujian sebenar
- Najib cabar Rafizi, “..buatlah laporan polis tak takut pun..”
- Najib bidas Rafizi, lemah tidak mampu sanggah fakta saya
- Kutip duit kertas dalam tandas, wanita alami lumpuh tubuh badan
- Percaya dirasuk syaitan, anak bunuh ibu guna tukul
- Influencer Umur 30 Tahun Ke Atas Dianggap Terlalu Tua, ‘Cantik Je Tak Cukup’..Diminta Jauhi TikTok
- Penduduk temui ikan gergasi terdampar selepas banjir
- Penjara Ini Dianggap ‘Neraka’ Dunia… Bau Busuk Lebih 1 Kilometer, Banduan Lapar Makan Manusia
- Kecoh dan panik di Klang, bas pekerja terbakar bergerak sendiri
- Polis Syak 30 Wanita Jadi Mangsa Pakar Bius Jijik Masukkan Kemaluan Dalam Mulut Pesakit
- Lelaki hina Nabi Muhammad dan Islam sudah ditahan polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saifuddin sindir Rafizi, tegur Imam dalam solat pun ada adab dan akhlaknya
Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib