Ketua Polis Negara beri jaminan keselamatan MB Kedah

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata keselamatan Menteri Besar Kedah Sanusi Nor dan calon lain yang bertanding dalam PRN pada 12 Ogos ini adalah terjamin.

Beliau berkata ini kerana Sanusi mempunyai pengawal keselamatan sendiri iaitu seorang anggota polis yang bertanggungjawab menjaga keselamatan pemimpin itu.

Kata Razarudin, justeru keselamatan calon yang bertanding bagi mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu sepanjang kempen pilihan raya ini adalah terjamin.



“Insya-Allah, kalau ada ancaman (kepada Sanusi), anggota ini akan memaklumkan kepada ketua polis Kedah (Fisol Salleh).

“Pada masa sama, sekiranya ada mana-mana calon berasa tidak selamat semasa berkempen sila buat laporan dan kami akan siasat,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata berdasarkan maklumat dan pemantauan polis di lapangan, tiada sebarang ancaman terhadap calon yang bertanding pada PRN kali ini.

Razarudin juga berkata polis meletakkan anggota dan pegawai untuk bertugas di lapangan bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini sepanjang PRN di enam negeri itu.



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Ahli Parlimen Alor Setar Afnan Hamimi Taib Azamudden bahawa Sanusi tidak hadir ke ceramah Mega Perikatan Nasional di Padang Awam Sungai Petani, Kedah malam tadi disebabkan isu keselamatan.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail pula berkata setakat ini, keseluruhan perjalanan kempen termasuk di Kedah berlangsung dengan tertib serta mengikut peraturan dan semua parti politik bebas menganjurkan ceramah.

“Setakat ini, tiada insiden di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu jadi bagaimana boleh timbul isu keselamatan di Kedah… kalau ada (isu keselamatan), sudah pasti pihak keselamatan akan memberi teguran dan nasihat.

“Kecuali satu dua kes vandalisme yang kebanyakannya kena pada papan iklan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tetapi dalam konteks Kedah, kita menjadi saksi betapa tenangnya perjalanan kempen di sini,” katanya selepas menyantuni peniaga dan masyarakat di Pasar Billion, Alor Setar.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai



Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?

Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’



Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker