Kes Buli: Pelajar tingkatan satu dakwa dipukul senior hingga pengsan

KUALA NERUS – Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian seorang pelajar dipukul melibatkan sebuah sekolah menengah di daerah ini pada kelmarin.

Pengarah JPNT, Abdul Muie Ngah berkata, insiden yang berlaku tidak lama selepas waktu persekolahan berakhir itu dipercayai membabitkan pelajar tingkatan satu dan dua.

“Guru sekolah berkenaan telah mengambil langkah segera sebaik mengetahui kejadian itu serta membawa pelajar terlibat ke sebuah klinik bagi menerima rawatan.



“Pengetua sekolah tersebut juga telah berjumpa dengan keluarga pelajar berkenaan untuk mencari jalan penyelesaian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan seorang pelajar tingkatan satu didakwa menjadi mangsa buli dan dipukul tiga pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di daerah ini.

Video sama turut mendakwa mangsa telah ditumbuk sehingga sesak nafas dan dipijak sehingga pengsan tanpa dibantu pelajar lain yang berada di situ.

“JPNT akan memberi kerjasama penuh sekiranya keluarga pelajar terlibat mahu membuat laporan polis,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA



Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya



Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker