Penjaga stor didakwa amang seksual, cabul
Penjaga stor didakwa amang seksual, cabul
JOHOR BAHRU: Seorang penjaga stor didakwa melakukan empat amang seksual fizikal dan cabul terhadap dua beradik perempuan, di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini, hari ini.
Tertuduh, Ibnu Azim Azmi, 31 tahun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan.
Mengikut kertas pertuduhan pertama, kedua dan ketiga, tertuduh didakwa melakukan perbuatan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun di sebuah rumah di Jalan Suria 86, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, pada 23 Mei lalu, kira-kira jam 10 malam.
Pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) dan 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntuk penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika didapati bersalah.
Sementara itu, di Mahkamah Majistret, tertuduh juga mengaku tidak bersalah di depan Majistret, Nurmadiana Mamat atas kesalahan melakukan cabul terhadap rakan sekerjanya di sebuah kedai serbaneka di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, kira-kira 10.15 malam, pada 25 Mei lalu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencabul kehormatan seorang wanita berusia 20 tahun.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, memperuntuk penjara maksimum 10 tahun, atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya, Chan Choon Yew di Mahkamah Sesyen, manakala Nor Maisarah Hassan di Mahkamah Majistret.
Tertuduh diwakili peguam, Mohammad Muzammil Mohammad Hairiri.
Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM25,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin warganegara.
Ibnu Azim diminta melaporkan diri ke balai polis terdekat setiap bulan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan dilarang mengganggu, menghampiri mangsa serta keluarga mangsa sehingga kes selesai.
Kes disebut semula 12 Julai untuk pengurusan kes. BH
Penjaga stor didakwa amang seksual, cabul
Baca Artikel Menarik:
- Adakah Dibenarkan Dalam Islam Bila Founder Produk Ghairah Buat Marketing Melampau?
- Fify Azmi dakwa pembantu peribadi songlap duit
- Dijerat perkhidmatan pelacuran online, pekerja kilang rugi RM11,300
- Gadis dilamar, hantaran RM90K, tanah, ‘showroom’ kereta
- Ramai kena tipu homestay tidak wujud
- Warga emas kantoi berkhalwat
- Polis siasat Sanusi berkaitan dokumen PasLeak
- PH yang mansuhkan bantuan kepada veteran – Najib
- MK nafi berkahwin dengan anak hartawan
- Kanak-kanak 2 tahun tertembak ayah sendiri
- Ramlah Ram terima gangguan seksual
- Afdlin Shauki lapor polis tentang proses pengundian PKR
- Selangor tanam jagung hanya helah nyahwarta kawasan hutan simpan – NGO
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
16 ciri terbaharu Apple yang anda perlu tahu