Nazri suruh menghadap Agong sendiri jika mahu cepat PRU-15

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mencabar mana-mana pucuk kepimpinan UMNO yang menuntut Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disegerakan, supaya ‘berani’ menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mengemukakan hasrat itu sendiri.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata, pemimpin-pemimpin UMNO berkenaan tidak sewajarnya menekan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memenuhi kehendak peribadi masing-masing pada saat kuasa pembubaran Parlimen dan penentuan tarikh PRU15 terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, dengan UMNO sering melaung-laungkan perjuangan mempertahankan hak dan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu, pemimpin parti itu sepatutnya menyedari tindakan membincangkan tarikh pelaksanaan PRU15 secara terbuka adalah tidak sopan kerana ia menyentuh kuasa Seri Paduka.

“Sepanjang pengalaman saya menjadi menteri selama lebih 10 tahun, Perdana Menteri yang lepas tidak pernah membincangkan tarikh pelaksanaan PRU dalam kabinet. Ini kerana mereka menghormati bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu.

“Namun baru-baru ini, buat pertama kalinya isu ini dibincangkan secara terbuka oleh kepimpinan UMNO.

“Pandangan saya mudah, kalau pucuk kepimpinan UMNO hendak sangat PRU segera, pergilah menghadap Seri Paduka. Hasil keputusan daripada pertemuan itu kemudiannya maklumkan sahaja kepada Perdana Menteri…Kalau mereka beranilah,” katanya kepada Sinar Premium pada Selasa.

Beliau berkata demikian di tengah-tengah kehangatan isu kepimpinan UMNO menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen secepat mungkin.

Dengan populariti UMNO dan Barisan Nasional (BN) kini sedang memuncak susulan kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, majoriti kepimpinan parti itu berpandangan saat ini merupakan waktu terbaik untuk UMNO-BN menang besar PRU15.

 

KERAJAAN UMNO

Pandangan itu bagaimanapun diketepikan beberapa pemimpin utama UMNO yang berada dalam ‘kem Putrajaya’ seperti Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri juga menegaskan adalah tidak logik bagi segelintir pemimpin UMNO berpandangan parti itu dan Barisan Nasional (BN) perlu mengetuai kerajaan selepas PRU15 bagi menstabilkan politik negara dan menyelesaikan isu permasalahan rakyat.

Hal ini kerana bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu menjelaskan, kerajaan sedia ada sudah dikuasai oleh UMNO-BN dengan Perdana Menterinya terdiri daripada pemimpin UMNO sendiri.

“Kalau kita kata, kita perlukan PRU15 untuk kembali mendapat kuasa mengetuai kerajaan, bukankah UMNO dan BN sudah menguasai kerajaan sedia ada? Mengapa hendak buat PRU15 segera?

“Dengan kos perbelanjaan PRU15 dianggarkan mencecah RM1 bilion, kalau ia diadakan sekarang, mana kerajaan hendak cari duit sebanyak itu? Di luar sana, ramai lagi rakyat yang susah disebabkan isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah mengakui usaha ke arah latihan pemantapan gerak kerja bagi menghadapi PRU15 sedang rancak diadakan dengan sesi jelajah versi 1.0 di seluruh negara sudah hampir selesai.

“Kita akan mulakan jelajah versi 2.0 untuk membekalkan latihan dan aktiviti pengkaderan ahli-ahli demi menghadapi PRU15.

“Sudah pasti dalam program jelajah versi 2.0 ini, kita akan memperkenalkan konsep dan pendekatan gerak kerja yang lebih terkini dan progresif untuk disesuaikan dengan cabaran mendepani pilihan raya yang semakin hebat ketika ini,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Biro Latihan dan Pengkaderan UMNO Malaysia.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anna Jobling trending ke luar negara

16 ciri terbaharu Apple yang anda perlu tahu

Rider ‘mat saleh’ persoal jalan raya Malaysia banyak lubang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker