Pemilihan PKR : 80% Pengundi Online Memilih Sokong Rafizi
Oleh Nurul Aisyah
Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2022 menyaksikan pertembungan sengit untuk jawatan Timbalan Presiden PKR. Calon yang menang jawatan tersebut akan menentukan hala tuju baharu parti itu selain dilihat akan menjadi pengganti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Persoalannya siapa yang akan menang? Adakah Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail atau Mohd Rafizi Ramli? Pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR ini adalah bagi penggal 2022 hingga 2025.
Menurut penganalisis politik, 80% pengundi online akan memilih untuk menyokong Rafizi. Beliau dikatakan telah membuat “engagement” dengan para pengundi online secara senyap.
Perkara ini sudah tentu akan memberi kelebihan kepada Rafizi. Beliau diramalkan akan memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR. Nampaknya, Rafizi bakal menentukan halatuju baharu parti tersebut. Beliau juga berkemungkinan besar akan menjadi pengganti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setakat 17 April, hanya lima peratus atau kira-kira 15,000 daripada 300,000 pemilih yang akan mengundi dalam Pemilihan PKR 2022 berdaftar secara dalam talian.
Selain kaedah pengundian online, pengundian juga dilakukan secara hibrid iaitu fizikal. PKR lebih mengalakkan anggota mereka menggunakan digital kerana sistem itu dikatakan dapat mengemaskini keanggotaan yang terkini dan lengkap serta memudahkan pemilihan.
Ianyajuga dapat mengurangkan kesesakan sewaktu pengundian dan kemungkinan kekecohan yang mungkin berlaku serta mengurangkan kos.
Calon dan pencadang yang bertanding dalam Pemilihan PKR 2022 diwajibkan mengundi atas talian (PAT).