Penyatuan ummah jika BN menang – Isham

Penyatuan ummah jika BN menang – Isham

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Isham Jalil berpendapat kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan lebih memungkinkan penyatuan ummah berlaku.

Menerusi surat terbuka kepada pengundi di Shah Alam, Isham berkata undi Melayu akan berpecah jika mereka mengundi Perikatan Nasional (PN) atau Pejuang.

“Akibatnya yang menang adalah Amanah daripada Pakatan Harapan (PH) dan DAP,” katanya di Facebook.

Isham berdepan pertandingan empat penjuru di kerusi Parlimen Shah Alam, yang mana majoriti pengundi terdiri orang Melayu.

“Namun orang Melayu kini berpecah kepada banyak parti. Cukuplah dengan ada dua parti besar orang Melayu iaitu Umno dan PAS,” katanya.

Isham berkata, beliau pernah memberi cadangan jika parti serpihan berkenaan ikhlas ingin menyatukan orang Melayu maka mereka boleh membubarkan parti dan menyertai Umno atau PAS, dan seterusnya kedua-dua parti boleh bersatu dalam satu muafakat yang besar.

“Namun, selagi parti serpihan ini masih ada dan berdegil, adalah sukar untuk orang Melayu bersatu terutama apabila parti serpihan ini menjadi orang ketiga dalam hubungan kedua-dua parti besar itu,” katanya. FMT

Penyatuan ummah jika BN menang – Isham


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker