Pengkhianat Tidak Bermaruah Menyamar Dalam UMNO

Oleh Nurul Aisyah

PASleaks mendedahkan empat keping tangkap layar mengenai percaturan politik Pas antaranya menyentuh mengenai campur tangan dalam urusan mahkamah telah menjadi tular di media sosial.

Dokumen tersebut diklasifikasikan sebagai sulit itu dipercayai merupakan minit mesyuarat Pas yang diwakili oleh Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dengan beberapa pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.



Dalam perkara ini Ahmad Samsuri mengesahkan wujud pertemuan kesemua pemimpin tersebut. Ini bermakna pertemuan antara Takiyuddin, Ahmad Samsuri, Mahathir dan Hishamuddin telah berlangsung secara sulit.

Memandangkan Hishamuddin ada dalam pertemuan sulit tersebut maka beliau perlu menjelaskan agenda pertemuan mereka. Jawatankuasa Displin Umno juga perlu bertindak dan siasat serta panggil beliau untuk menjawab segala persoalan yang timbul.

Kini beliau dilabel sebagai pengkhianat tidak bermaruah yang masih menyamar dalam Umno. Jawatan kuasa Disiplin UMNO perlu bertindak pantas menangani perkara ini. Keadaan yang samar-samar dan tidak pasti akan meletakkan parti dalam keadaan yang sangat bahaya.

Artikel ini adalah pandangan penulis semata-mata dan tidak mencerminkan atau membawa pandangan myKMU.net



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker