Pengarah Bomba Kelantan nafi Siti Zailah dapat kebenaran

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff menafikan dakwaan dia “mencuri” air dari pili bomba untuk kegunaan penduduk di kawasan itu pada April lalu.

Sebaliknya Siti Zailah berkata dia mendapat kebenaran daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bagi menghantar bekalan air ke kampung-kampung yang memerlukan dengan kerjasama Balai Bomba Rantau Panjang.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Zainal Madasin menafikan kebenaran telah diberikan pihaknya.



Terdahulu, Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, Siti Zailah sedang disiasat atas dakwaan mengambil air dari pili bomba.

Ini berikutan hantaran di Facebook ahli parlimen PAS itu bulan lalu yang memaparkan dia aktif mengusahakan bekalan air bersih bagi kegunaan penduduk.

Ini termasuk gambar yang dimuat naik menunjukkan sebuah lori sedang mengambil air daripada pili bomba sambil diperhatikan ahli parlimen berkenaan.

Siti Zailah dalam hantaran di Facebooknya petang ini berkata air itu adalah milik AKSB dan penggunaan pili mendapat kebenaran Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang.



“Tiada berbangkit isu curi air, kami membantu rakyat yang kecemasan memerlukan air. Air itu adalah air AKSB dan telah mendapat kebenaran daripada pihak mereka.

“Penggunaan pili bomba adalah dengan kebenaran dan pengetahuan daripada pihak Balai Bomba Rantau Panjang,” katanya.

Siti Zailah turut memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan dia sedang memerhatikan anggota bomba berpakaian seragam membantu mengepam air dari pili bomba ke dalam tangki air di belakang trak.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat serta agensi kerajaan yang terlibat dalam usaha itu.



Bagaimanapun Zainal menafikan pihaknya memberikan kebenaran kepada Siti Zailah untuk menggunkan pili bomba.

“Pihak kami tidak terima sebarang permohonan daripada YB untuk ambil air daripada pili bomba. Terus terang saya cakap. Tak ada surat, tak ada satu perkataan untuk minta kebenaran kepada kami.

“Saya juga hubungi Pengerusi Besar AKSB (Nazmi Ghazali Azmin dan beliau maklumkan pihaknya juga tiada terima permohonan daripada YB,” katanya.

Tambahnya, pihaknya telah membuat laporan berhubung perkara itu untuk siasatan lanjut.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker