Cute Pulak Monyet Ini Bersantai dan Mandi Ramai-ramai Dalam Kolam, “…SPA Day”! [Video]

Setiap daripada kita pasti pernah melihat monyet. Sama ada di zoo-zoo berhampiran mahupun di sekitar kawasan perumahan sendiri. Monyet adalah antara haiwan yang hidup di sekitar pohon-pohon dan di kawasan hutan samada yang liar atau dipelihara oleh kita.

Namun, adakah anda tahu bahawa terdapat satu spesis monyet yang sangat unik dimana ia dipanggil sebagai Macaca Fustaca. Haiwan ini juga turut digelarkan sebagai monyet sajli kerana hidup di kawasan sejuk dan memiliki satu ciri istimewa iaitu suka bermandi.

Menerusi sebuah posting yang dimuat naik oleh satu akaun di Twitter iaitu @AnimalsWorld, terdapat satu video yang memaparkan sekumpulan monyet salji yang dilihat sedang berendam di dalam sebuah kolam air panas. Melalui rakaman itu, kebanyakkan monyet tersebut telah berada di sekeliling kolam berkenaan.
Saksikan Video DiBawah ini:-

 

Kolam itu dipercayai telah memiliki sumber air yang panas dimana ia dapat mengekalkan suhu badan haiwan-haiwan tersebut. Lebih menyeronokkan apabila monyet-monyet terbabit kelihatan seperti sedang beristirehat dan salah seekor daripada mereka sempat dengan aksi menguap menerusi rakaman itu.

Rata-rata warga netizen berasa terhibur setelah melihat gelagat dam kecomelan haiwan itu di samping terdapat segelintir netizen yang turut mahukan perkara yang sama seperti monyet itu dengan berendam di dalam kolam yang panas.

Nikmat sangat…

“Enjoy…”

Kredit: Himpunan Cerita Lawak

Monyet berswafoto dengan telefon pintar yang dilarikannya (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker