PRN Johor : Anak Muda Bosan Isu 1MDB

Oleh Leftenan Adnan

Seorang mahasiswa institut pengajian tinggi tempatan, Naufal Tuah berusia 20 tahun yang bakal mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini pulang dengan perasaan teruja dan tidak sabar menanti tarikh 12 Mac.

Anak jati Johor Bahru ini tertarik dengan semangat kestabilan masa depan untuk membuat pilihannya pada 12 Mac ini. Sudah pastinya kestabilan masa depan perlu untuk masa depan anak muda.



Buat anak muda ini yang mengikuti kempen di media sosial merasa sudah bosan dengan kempen di bawa Pakatan Harapan, Perikatan Nasional serta parti lain yang asyik berulang mengatakan tentang isu 1MDB.

Sebagai anak muda yang akan memilih buat kali pertama ini, beliau amat yakin dengan Barisan Nasional (BN) yang menampilkan pelbagai inisiatif untuk serta membicarakan soal masa depan anak muda dalam siri kempen mereka.

Penampilan ramai muka-muka baharu oleh BN pada PRN kali ini memperlihat kesiap sediaan bagi memberi peluang dan ruang kepada generasi baharu menerajui kepimpinan negeri.

Masa depan anak Muda Johor akan digambarkan pada PRN Johor 2022 apabila bakal menyaksikan undi 18 buat julung kalinya. PRN kali ini akan memberi gambaran baharu terhadap fenomena politik tanah air khususnya dari undi generasi muda.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker