Tentera Mengundi Di Kem Mahkota, Kem Tebrau, Kem Batalion ke-10 Dan Kem Rejimen Keempat

Oleh Nurul Aishah

PENGUNDIAN awal hari ini bermula seawal jam 8 pagi hari ini. Sebanyak 63 pusat mengundi bersiap sedia dibuka bagi proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Anggota tentera akan mengundi di Kem Mahkota di Kluang, Kem Tebrau di Ulu Tiram, Kem Batalion ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Batu Pahat dan Kem Rejimen Keempat Artileri Diraja (4RAD) di Segamat.

Anggota PGA dan pasangan masing-masing pula akan mengundi di Batalion ke-5, pasukan PGA di Simpang Renggam di Kluang dan Batalion ke-6 PGA di Bakri, Muar.

Untuk makluman, seramai 22,000 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan masing-masing layak mengundi hari ini.

Kemudahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di Jalan Tebrau serta 10 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negeri Johor dan pejabat kerajaan turut dijadikan sebagai pusat mengundi.

Selamat mengundi anggota keselamatan kita!

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker