PRN Johor: Hadi Awang Anggap Bangsa Johor Jahil?

Oleh Megat Terawih

Semakin hampir dengan tarikh mengundi, semakin hilang arah apabila melihat sokongan terhadap parti sendiri semakin merosot.

Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan manifesto sendiri walaupun baru dilancar, janji air percuma tidak mampu membawa impak besar di dalam siri kempen pilihanraya negeri apabila setiap malam semakin berkurangnya sambutan pengundi terhadap Muhyiddin dan Hadi Awang.

Kemana sahaja keduanya pergi, pengundi dilihat menolak secara terang-terangan dan akhirnya terpaksa mengerahkan jentera supaya hadir di setiap ceramah mereka.

Akhirnya Muhyiddin dan Hadi Awang hilang pertimbangan waras. Muhyiddin mula mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa keluar dari UMNO beroleh pahala. Ironinya, yang keluar parti adalah pemimpin dari PPBM dan bukannya dari UMNO.

Kempen Muhyiddin juga dilihat semakin kebudakan dan tidak matang apabila mula menghina Najib Razak dan isterinya dengan pelbagai gelaran.

Hadi Awang juga dilihat menurut rentak Muhyiddin. Menyelar UMNO BN dengan pelbagai tohmahan seperti zaman dulu-dulu sehinggakan akhirnya melabelkan UMNO kafir.

Mungkin terikut dengan cara ceramah zaman tersebut, memaki hamun dan mengeluarkan fatwa karut boleh menarik ramai manusia datang untuk mendengar ceramah maka Hadi mencuba kaedah tersebut di Johor.

Terbaharu, Hadi Awang mendakwa rakyat Johor kurang kesedaran politik Islam apabila menolak parti PAS.

Bagi Hadi, PAS merupakan parti yang perjuangkan Islam? Bangsa Johor itu jahil?

Selama ini PAS sukar tembusi Johor kerana negeri ini lebih mengetahui pembohongan PAS dan bagaimana Islam dijadikan bahan tunggangan PAS.

Bangsa Johor lebih alim dari apa yang Hadi sangka.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker