PRN Johor : Hairi Berikrar Serah Seluruh Tenaga & Jiwa Buat Larkin

Oleh Leftenan Adnan

Mohd Hairi Mad Shah sebagai anak jati Johor Bahru mewakili Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini sedang giat dalam siri pertemuan dengan masyarakat serta pengundi secara terus sebagai komitmen untuk bantu rakyat khususnya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin.

Demi kestabilan negeri dan ekonomi negara, Hairi berharap pengundi memberi sokongan dan kepercayaan kepada beliau dan BN pada PRN kali ini.

Tambahan beliau, berikrar dan berikhtiar untuk menyerahkan seluruh tenaga dan jiwa buat penduduk Larkin. Antara ikrar beliau, akan terus pastikan suara golongan belia didengari, isu perumahan serta isu peniaga Industri Kecil Sederhana (IKS) tempatan dibawa terus ke dalam sidang DUN.



PRN Johor di kerusi DUN Larkin bakal menyaksikan pertembungan enam penjuru.

BN menampilkan, Ketua Pemuda UMNO Johor itu manakala calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) iaitu Ketua Penerangan Muda Johor, Rasid Abu Bakar.

Perikatan Nasional (PN) pula menampilkan bekas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Dalam Negeri iaitu Zulkifli Bujang yang juga bekas wartawan penyiaran disamping calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Zamil Najwah Arbain.

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menampilkan Mohamad Riadz Hashim serta penampilan calon bebas Norramadan Buan.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker