Budak Genius Selamba Lamar Bintang Tenis..’Emma, Sudikah Awak Berkahwin Dengan Saya?'[VIDEO]

Budak Genius Selamba Lamar Bintang Tenis..’Emma, Sudikah Awak Berkahwin Dengan Saya?'[VIDEO]

London: Video seorang budak lelaki yang berjaya menarik perhatian bintang tenis wanita Emma Raducanu dengan lamaran untuk berkahwin semasa perlawanan November lalu muncul semula dan menjadi tular baru-baru ini.

Pemain berusia 19 tahun itu, yang memenangi gelaran tenis perseorangan wanita pada Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu, sedang beraksi pada satu perlawanan pertunjukan di Royal Albert Hall, London apabila dia mendengar seseorang dari tempat duduk berteriak,

“Emma, sudikah awak berkahwin dengan saya?”

Lamaran itu dilontarkan budak lelaki berusia tujuh tahun Leo Gomez-Franqueira, peminat tenis muda dan seorang budak genius dari London.

Emma seketika menghentikan pukulan servisnya dan mengukir senyuman ke arah budak lelaki itu. Detik menarik itu, yang dirakam dalam video yang kini tular, menggembirakan orang ramai dan boleh didengari dengan jelas penonton berkongsi ketawa dengan lamaran itu.



VIDEO DIBAWAH:-

Gomez-Franqueira mencuri tumpuan sebelum ini kerana dikatakan mempunyai IQ lebih tinggi berbanding Albert Einstein.

Dia berjaya menyelesaikan ujian kecerdasan piawai pada usia dua tahun dan meraih markah paling tinggi dalam dua peratus teratas populasi umum, menjadikannya ahli termuda Mensa, masyarakat IQ tinggi terbesar di dunia.

Budak lelaki itu, yang mampu bertutur lima bahasa, lulus ujian kecekapan bahasa Cina tahap tiga HSK dengan markah sempurna 300 ketika dia baru berusia enam tahun.



Emma, 19, yang dilahirkan di Toronto, Kanada tetapi dibesarkan di London, kini pemain wanita nombor satu Britain yang menghuni ranking ke-12 dunia.

Dia muncul pemain wanita pertama Britain menang gelaran Grand Slam selepas 44 tahun apabila menjuarai Terbuka AS di New York, September lalu dengan menundukkan pemain muda Kanada, Leylah Fernandez. Lebih menakjubkan, dia muncul juara selepas beraksi tiga perlawanan pada pusingan kelayakan.-HM



Budak Genius Selamba Lamar Bintang Tenis..’Emma, Sudikah Awak Berkahwin Dengan Saya?'[VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker