PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP
Oleh Megat Terawih
Ceramah sulung DAP selepas penamaan calon di Skudai nampaknya begitu mengecewakan.
Bukan setakat tidak ramai yang ingin mendengar tetapi yang ada di tempat tersebut juga cepat-cepat meninggalkan ceramah yang bunyinya umpama orang sedang memekik.
Walaupun antara yang berceramah itu adalah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Gobind namun tiada sambutan seperti dulu.
Menurut tinjauan, bangsa Cina Johor sudah muak dan kecewa dengan DAP dan Pakatan Harapan sejak mereka menipu di pilihanraya umum ke 14.
Malah Lim Kit Siang sendiri sebagai ahli parlimen di sana turut gagal dan jarang nampak batang hidung di parlimen sendiri.
Tambahan pula tiada apa pun tawaran yang menarik dari DAP dan sekutunya.
Ceramah hanya dipenuhi dengan cerita mengutuk dan memfitnah Barisan Nasional tanpa sedikit pun meminta maaf di atas pembohongan mereka berjanji di PRU14.
Ada yang meluahkan rasa kecewa kepada DAP kerana merosakkan hubungan dengan PKR. Bagaimana kemenangan boleh tercapai apabila mereka meninggalkan parti yang mempunyai banyak pengalaman dan bersungguh menggunakan MUDA pula sebagai rakan kongsi yang baharu.
Strategi salah ini adalah idea Kit Siang yang sudah tua kata seorang pengunjung di situ. Sudah sampai masanya Kit Siang dan Guan Eng ditukar.