Amanah Ditinggalkan MUDA Pilihan DAP

Oleh Leftenan Adnan

Kini menjadi tanda tanya selepas 24 jam penamaan calon, ibu pejabat Parti Amanah Negara (Amanah) Johor masih sunyi. Adakah PAN masih merajuk dengan DAP mahupun PKR?

Menurut sumber, keputusan yang dibuat meletakkan beberapa calon tidak disenangi oleh sesetengah ahli parti. Adakah seluruh jentera dan penyokong akan bekerja keras untuk memenangkan calon-calon berkenaan?

Amanah meletakan 16 calon yang akan bertanding di bawah Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022. Turut dicalonkan ialah empat calon ‘heavyweight’ Amanah yang terdiri daripada Timbalan Presiden, Datuk Seri Salahuddin Ayub, Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dan timbalannya, Dzulkefly Ahmad.

Suhaizan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai Sebatang yang sebelum ini disandang Ketua Pemuda PAN, Muhammad Taqiuddin Cheman. Sementara itu, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai akan kekal di DUN Simpang Jeram, sementara Aminolhuda masih di Parit Yaani dan Dzulkefly terus mempertahankan kerusi DUN Kota Iskandar yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Calon baharu Amanah melibatkan calon paling muda Amanah, Mohamad Fakrulradzi Mahmud, 32, yang bertanding di kerusi DUN Endau dan calon tertua parti, Mat Khairi Samsudin, 66, yang bertanding di DUN Sedili. Enam lagi calon baharu ialah Ahmad Daniel Shahrudin (Panti), Rohani Banu Abd. Rahman Krishnan (Kahang), Abd. Hamid Jamah (Senggarang), Asim Abdullah Ainollotfi (Serom), Elia Nadira Sabudin (Bukit Pasir) dan Norazila Sanip (Penawar).

Sementara itu, Muhammad Taqiuddin akan bertanding di DUN Mahkota bagi menggantikan penyandangnya, Muhammad Said Jonit yang menyertai PKR bersama dua lagi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Senggarang dan Serom.

Turut bertanding di kerusi sama dimenangi pada PRU-14 ialah Ketua Wanita Amanah Johor, Nor Hayati Bachok di DUN Maharani dan Dr. Sulaiman Mohd. Noh di DUN Kemelah. Amanah juga sekali lagi cuba mempertaruhkan Ketua Amanah Kawasan Pasir Gudang, Syed Othman Syed Abdullah di DUN Permas.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker