PRN Johor: Maszlee Malik Diarah Sumpah Baiah Cerai Talaq Tiga?
Oleh Nurul Aishah
Agak mengejutkan apabila ada khabar ribut bertiup bahawa PKR mengenakan syarat baiah cerai terhadap isteri kepada mana-mana calon yang bertanding atas tiket partinya?
Isu ini menjadi hangat sejak Maszlee yang juga merupakan ahli parlimen Simpang Renggam dicalonkan bertanding di Dun Layang-layang dan beliau dikatakan meninggalkan parti Pejuang yang mana sebelumnya beliau menang atas tiket parti Bersatu.
Dua kali lari meninggalkan parti adalah petunjuk yang tidak bagus bagi seseorang calon. Terbukti tidak setia kepada parti dan memberi tanggapan buruk kepada peribadi calon tersebut juga.
Malah tempias buruk itu turut terpalit kepada PKR sendiri seolah-olah sudah tiada individu lain yang lebih bersih rekodnya.
Maszlee mencipta banyak rekod buruk. Antara yang paling diingati oleh rakyat Malaysia dan pemgundi Simpang Renggam adalah janji beliau bahawa tol percuma sekiranya pakatan harapan menang. Akhirnya apabila menang, beliau sendiri tidak pernah bercakap sepatah pun berkaitan janji tol percuma di Simpang Renggam itu.
Rekod buruk kedua adalah beliau satu-satunya menteri yang dipecat oleh Mahathir ketika kerajaan pakatan harapan memerintah. Tiada sebab yang diberikan oleh Mahathir namun dikatakan berkaitan dengan beliau cuba menghalang projek yang berkaitan dengan Muhyiddin dan kroni?
Cakap-cakap kedai kopi pula mengatakan bagaimana seorang ahli parlimen yang sudah bergaji besar, tamak untuk membolot jawatan Adun pula? Sepanjang menjadi ahli parlimen Simpang Renggam apa jasa beliau, membawa masuk restoran makanan segera McDonalds? Apakah itu penanda aras seorang wakil rakyat?
PKR perlu membuat penjelasan segera berkait dengan sumpah baiah, benar atau sekadar khabar angin?
Bangsa Johor bakal dikencing kali kedua?