Pertembungan Panas Di DUN Larkin

Oleh Leftenan Adnan

Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin bakal menyaksikan pertembungan enam penjuru, termasuk pertembungan antara Muda dan PKR yang dikatakan mempunyai jalinan kerjasama melibatkan mereka dalam blok pembangkang.

Barisan Nasional (BN) menampilkan, Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd. Hairi Mad Shah manakala calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) iaitu Ketua Penerangan Muda Johor, Rasid Abu Bakar.

Perikatan Nasional (PN) pula menampilkan bekas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Dalam Negeri iaitu Zulkifli Bujang yang juga bekas wartawan penyiaran disamping calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Zamil Najwah Arbain.

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menampilkan Mohamad Riadz Hashim serta penampilan calon bebas Norramadan Buan.

Difahamkan, kerusi DUN Larkin antara kerusi panas yang menjadi tumpuan pada PRN kali ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker