Ibu tunggal cekal jaga ibu lumpuh

KLANG – Syurga di tapak kaki ibu adalah perumpamaan tepat bagi menggambarkan pengorbanan seorang wanita yang sanggup menjaga ibunya sejak tiga tahun lalu sebelum orang tersayang itu lumpuh akibat demam panas beberapa bulan lepas.

Sharifah bersama ibunya di atas kerusi roda ketika ditemui di rumah mereka di Taman Kem, Pelabuhan Klang semalam.

Sharifah Shariff, 59, yang juga ibu tunggal kepada dua anak mengambil alih tugas menjaga emaknya selepas kematian ba­panya yang merupakan imam sebuah surau di daerah ini.

Menurut Sharifah, ibunya, Ramlah Lias, 79, lumpuh selepas mengalami demam panas selama kira-kira tiga bulan lalu sehingga diserang angin ahmar ringan.



Katanya, Ramlah kemudian didapati lumpuh separuh badan yang seterusnya menyukarkan pergerakan serta gagal berkomunikasi dengan baik.

“Kesihatan ibu mula merosot sejak tiga tahun lalu selepas kematian arwah bapa. Saya kemudian mengambil tugas menja­ganya, namun tiga bulan lalu, ibu lumpuh separuh badan akibat demam panas.

“Situasi itu menyebabkan ibu terpaksa menggunakan kerusi roda selain memakai lampin pakai buang dan memerlukan pemerhatian rapi,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di rumahnya di Taman Kem, Pelabuhan Klang di sini semalam.

Sharifah yang bergelar ibu tunggal sejak 16 tahun selepas kematian suaminya berkata, dia sendiri juga mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi.



Ujarnya, sumber kewangannya hanya bergantung sepenuh­nya kepada dua anaknya berusia 25 dan 39 tahun yang sudah be­kerja dan berkahwin.

“Ibu saya mendapat bantuan zakat sebanyak RM300 sebulan, namun wang tersebut tidak mencukupi untuk menampung ke­perluan bulanan.

“Selain itu, kerusi roda baharu diperlukan memandangkan yang sedia ada sudah uzur dengan beberapa peralatannya sudah rosak,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB 7009045868 atas nama Sharifah Shariff. -K! ONLINE



Bapa tunggal tak mampu hantar empat anak ke sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker