Terlalu ikutkan petua, bayi boleh mati
Terlalu ikutkan petua, bayi boleh mati
Ramai ibu bapa yang baru menyambut kelahiran zuriat pertama mengalami kesukaran membezakan antara petua lama bagi membantu proses menjaga bayi dan mengimbangkan pemahaman dari sudut sains.
Pakar Kesihatan Awam, Dr. Sandra Raman menerusi satu hantaran di media sosial miliknya meminta orang ramai untuk menegur sesetengah ibu bapa muda dan orang tua yang terlalu patuh dengan petua orang lama sehingga boleh membahayakan nyawa bayi.
“Sekarang ini ramai tidak berani untuk menegur di khalayak ramai kerana bimbang dikecam, namun tindakan itu boleh menyedarkan ibu bapa bahawa cara penjagaan mereka salah.
“Jangan terlalu ikutkan cara zaman dahulu atas alasan bayi masih baik dan sihat seperti biasa,” tegasnya.
Pakar kesihatan awam itu turut mengulas berhubung perkongsian pengikutnya yang menceritakan seorang nenek tua memberi minum air masak kepada bayi yang baru berusia sekitar dua bulan.
“Mak cik, pak cik, nenek semua tolong faham pemberian air kepada bayi berusia bawah enam bulan boleh menyebabkan garam bertambah dalam badan sehingga otak bayi bengkak dan seterusnya menyebabkan kematian,” ujarnya. K Online
Terlalu ikutkan petua, bayi boleh mati
Baca Artikel Menarik:
- Kereta Shuk terbabas masuk parit (Video)
- Wordle jadi kegilaan global sehingga jenama hebat terpengaruh
- Sampah, Hattan selar program nyanyian gila rating
- Gadis tudung hijau disamakan dengan watak lucah buat laporan polis
- PRN Johor: ‘Bertanding atau tidak saya tetap buat kerja’
- Ibu Terpaksa Dukung Bayi Sambil Sampaikan Laporan Ramalan Cuaca [VIDEO]
- Peningkatan kes Covid-19, Kita bakal kehilangan satu tahun lagi?
- Tulang belakang anak bengkok 40 darjah, galas beg berat
- Siapa sebenarnya salah guna kuasa, ‘gelapkan’ duit?
- Kapal Genting Hong Kong kena rampas
- Netizen kecam Sajat pakai bikini nampak ‘burung’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]
Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)
You must be logged in to post a comment.