PRNJohor: Calon muka baharu tak semestinya anak muda – Shahril
PRNJohor: Calon muka baharu tak semestinya anak muda – Shahril
Seorang pemimpin Umno berpandangan calon muka baharu yang akan ditampilkan partinya dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor nanti tidak semestinya daripada orang muda.
Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan, berkata apa yang penting adalah aspirasi dan suara mengenai isu dibawa mesti relevan kepada pengundi.
Beliau berkata, perkara itu telah dibuktikan Umno dalam PRN Melaka dengan meletakkan calon baharu yang segar dan lain berbanding sebelumnya.
“Saya rasa pertama Umno telah buktikan di Melaka, kesediaan kepimpinan tertinggi iaitu Presiden Umno (Ahmad Zahid Hamidi), Timbalan Presiden Umno (Mohamad Hasan) dan pengerusi perhubungan negeri, yang memberi gambaran Umno sedia letak lebih ramai calon segar.
“86% tak silap saya muka baharu. Muka baharu tak semesti muda, tetapi yang lain dari sebelumnya. Umno dari konteks itu bukanlah angkuh, tetapi dah buktikan kesediaannya,” katanya dalam bual bicara naratif mengenai suara anak muda di TV1.
Dalam pada itu, Shahril mengakui pengundi muda berusia 18 hingga 40 tahun kini membentuk majoriti dan bakal menjadi penentu.
Bagaimanapun, katanya, setiap parti dan pengundi akan melihat dimensi lain daripada lingkungan umur mereka.
“Majoriti pengundi 18 hingga 40 tahun masa ini sudah menjadi 58%. Saya rasa semua parti politik melihat dimensi lain dan pengundi muda pun lihat dimensi lain.
“Pengundi muda pun taklah lihat senang sangat yang mana saya hanya undi orang muda dan bukan dewasa. Beberapa calon muda pun tak berjaya di Melaka, tewas kepada calon lebih berumur. Bermakna pengundi muda sanggup undi tak melalui generasi semata-mata,” katanya.
Shahril juga berkata, pengundi di Johor sudah tentu akan melihat wakil rakyat dan parti mana boleh membawa Johor ke satu tahap kestabilan serta menyediakan masa depan cerah bagi mereka.
Beliau berkata, faktor lain adalah sama ada calon muka baharu mampu memenuhi kehendak pengundi.
“Apa pengundi rasa pada dia adalah wakil rakyat dan kerajaan ingin dipilih boleh dipercayai. Adakah wakil rakyat tersebut akan membawa peluang pekerjaan dan keadaan ekonomi (lebih baik)? Calon muda mungkin beri kelebihan, tetapi bukan faktor mutlak semata-mata.”
Sementara itu, Pengasas Undi18, Tharma Pillai, melihat anak muda masa ini majoritinya lebih menekankan isu ekonomi.
Beliau berkata, isu yang hangat menjadi perbualan anak muda adalah sara hidup dan pekerjaan.
“Maka itu kehendak utama. Anak muda lebih sanggup cuba parti baharu tak terikat parti lama. Bukti pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), mereka tak terikat dengan keputusan keluarga. Sanggup ambil risiko dan tidak ada kesetiaan kepada parti politik,” katanya.
Tharma juga mengajak anak muda menunaikan tanggungjawab mereka dengan keluar mengundi pada PRN Johor nanti. FMT
PRNJohor: Calon muka baharu tak semestinya anak muda – Shahril
Baca Artikel Menarik:
- Kereta Shuk terbabas masuk parit (Video)
- Wordle jadi kegilaan global sehingga jenama hebat terpengaruh
- Sampah, Hattan selar program nyanyian gila rating
- Gadis tudung hijau disamakan dengan watak lucah buat laporan polis
- PRN Johor: ‘Bertanding atau tidak saya tetap buat kerja’
- Ibu Terpaksa Dukung Bayi Sambil Sampaikan Laporan Ramalan Cuaca [VIDEO]
- Peningkatan kes Covid-19, Kita bakal kehilangan satu tahun lagi?
- Tulang belakang anak bengkok 40 darjah, galas beg berat
- Siapa sebenarnya salah guna kuasa, ‘gelapkan’ duit?
- Kapal Genting Hong Kong kena rampas
- Netizen kecam Sajat pakai bikini nampak ‘burung’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]
Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)
You must be logged in to post a comment.