Vaksin: Bagi pampasan jika berlaku kesan buruk – MAZA

Vaksin: Bagi pampasan jika berlaku kesan buruk – MAZA

KANGAR: Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan Kementerian Kesihatan memberi jaminan bayaran pampasan kepada penerima dos penggalak sekiranya berlaku kesan buruk terhadap kesihatan para penerima vaksin tersebut.

Katanya, penerima dos penggalak juga dicadangkan tidak perlu menandatangani surat yang menghalang ganti rugi sekiranya Kementerian Kesihatan yakin tidak berlaku sebarang risiko buruk vaksin berkenaan.

Ujarnya, cadangan itu dibuat berdasarkan keyakinan Kementerian Kesihatan yang menyatakan bahawa dos penggalak tidak mendatangkan risiko yang teruk.

“Cadangan tersebut selepas melihat ramai yang memberitahu terdapat kesan buruk terhadap kesihatan yang mereka hadapi selepas menerima dos penggalak.

“Malah, ada yang mendakwa maut meskipun Kementerian Kesihatan pula sering menafikan berlakunya kejadian seumpama itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Mohd. Asri turut menggesa kerajaan supaya bertanggungjawab terhadap keselamatan setiap nyawa yang mengalami kesan buruk selepas menerima dos penggalak atau dos ketiga vaksin Covid-19.

Kata Mohd. Asri dalam kenyataan sebelum ini, pihak berkuasa tidak seharusnya menafikan kesan mudarat serius yang menimpa orang ramai susulan mengambil dos penggalak itu.

Tambah beliau, supaya tidak berlaku ketidakadilan, maka Kementerian Kesihatan boleh membuktikan apa yang mereka kata selama ini benar dengan memberi jaminan bayaran pampasan tersebut jika berlaku kesan buruk ke atas penerima.

“Ini baru seimbang dan bukti dakwaan kementerian ini jujur bukan kerana ada unsur lain seperti bisnes dan seumpamanya seperti yang dituduh. Jika tidak, saya lihat kemarahan rakyat dalam isu ini makin membesar dan sukar ditangkis oleh kerajaan,” katanya. Utusan

Vaksin: Bagi pampasan jika berlaku kesan buruk – MAZA


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]

Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker