Ibu dirasuk syaitan, sanggup tikam bayi sendiri

KEMAMAN – Seorang bayi yang baharu dilahirkan ditemui meninggal dunia dengan kesan tikaman dipercayai dibunuh ibunya sendiri dalam satu kejadian di sebuah rumah di daerah ini di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, bayi lelaki yang cukup sifat itu dipercayai ditikam di bahagian dada kiri dengan objek tajam oleh suspek yang berusia 15 tahun.

Menurutnya, ketika kejadian, ahli keluarga suspek tiada di rumah dan remaja berkenaan meminta bantuan rakannya untuk menghubungi petugas kesihatan bagi memaklumkan kelahiran bayi tersebut.

“Bagaimanapun, selepas pemeriksaan dibuat, petugas kesihatan mendapati bayi berkenaan sudah tidak bernyawa dan terdapat kesan luka di dada, dipercayai akibat ditikam,” katanya di sini pada Selasa.

Hanyan berkata, curiga dengan keadaan bayi tersebut, petugas kesihatan kemudian membuat laporan polis kira-kira jam 10 pagi dan suspek yang belum berkahwin ditahan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Beliau berkata, berikutan kejadian itu polis telah mengenalpasti seorang lelaki yang dipercayai merogol remaja berkenaan.

“Mayat bayi malang ini telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut termasuk melihat kecederaan lain yang dialaminya.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 dan 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Ibu dirasuk syaitan, sanggup tikam bayi sendiri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]

Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker