Rusia boleh mula ceroboh Ukraine dengan serangan udara

KYIV: Ukraine mengajak Rusia dan beberapa agensi keselamatan utama Eropah untuk berunding mengenai ketegangan yang berlaku ketika ini.

Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba berkata, Rusia menolak permintaan rasmi negara ini untuk ‘menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku dan sebab Moscow menempatkan banyak tenteranya di kawasan sempadan’.

“Apa yang boleh dilakukan ketika ini adalah gesaan untuk melakukan rundingan dalam tempoh 48 jam bagi menjelaskan rancangan sebenar Rusia.



“Jika Rusia serius apabila bercakap soal ketidakstabilan keselamatan di ruang Organisasi untuk Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE), maka negara itu perlu bersikap jujur bagi meredakan keadaan,” katanya.

Moscow sehingga kini menafikan sebarang rancangan untuk menyerang Kyiv biarpun menempatkan kira-kira 100,000 anggota tentera di kawasan sempadan Ukraine.

Beberapa negara Barat memberi amaran Rusia sebenarnya melakukan persediaan berperang dan Amerika Syarikat (AS) mendakwa ‘situasi itu boleh bermula dengan pengeboman dari udara pada bila-bila masa’.

Selain itu, puluhan negara turut menggesa semua rakyat meninggalkan Ukraine segera dengan ada di antaranya memindahkan petugas kedutaan ke kawasan lain.



Dalam pada itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengkritik ‘situasi panik yang tercetus’ dan memaklumkan tiada bukti menunjukkan Rusia bakal menyerang negara ini dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Semalam, beliau berbual hampir sejam bersama Presiden AS, Joe Biden dan kedua-dua pemimpin bersetuju untuk meneruskan ‘diplomasi serta langkah pencegahan’.

Sementara itu, rundingan diplomatik dijangka diteruskan hari ini oleh Jerman dan Britain.


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang



Sanusi serang UMNO setiap hari



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker