Bekas jaguh skuasy kini tukang cuci

KENNETH LOW pernah bergelar juara skuasy kebangsaan sebanyak enam kali, tetapi kini bekerja sebagai tukang cuci dan mengalami masalah kesihatan.

Bekas jaguh skuasy kini tukang cuci

Pernah meniti zaman kegemilangan ketika bergelar jaguh skuasy negara, Kenneth Low Ewe Loong kini diselubungi masalah dalam kehidupan peribadinya.

Suatu ketika, Kenneth, 44, bergelar juara kebangsaan sebanyak enam kali, tetapi kini bekerja sebagai tukang cuci, miskin dan mengalami masalah kesihatan.



Dia dipercayai mengalami masalah kesihatan akibat strok yang menyebabkan masalah koordinasi dan kemahiran motor, ketidakupayaan kognitif dan gangguan ingatan jangka pendek.

Kenneth tidak mempunyai wang untuk melakukan ujian bagi menentukan tahap kerosakan pada otaknya.

Dia berubah daripada seorang pemain skuasy yang cemerlang, pernah menduduki ranking keempat di Asia dan ke-38 di dunia kepada menjadi seorang pembersih lantai, cermin, pintu, meja dan kerusi di tempat kerjanya.

Dua tahun lalu, dia menyapu dan mengelap lantai, membersihkan cermin dan mencuci lif bersama pekerja asing di sebuah kondominium.



“Ini mengenai kelangsungan hidup, dan saya akan melakukan apa saja untuk menyara hidup,” kata Kenneth seperti dilaporkan Free Malaysia Today (FMT).

“Saya tidak boleh merungut kerana ada banyak orang yang tidak mempunyai pekerjaan. Setidak-tidaknya saya mempunyai pekerjaan dan tidak menjadi beban kepada sesiapa pun.”

Dia bersyukur diberi peluang kedua dalam hidupnya oleh pemilik dan jurulatih Pusat Memanah di Glo Damansara, Jeffrey Kok.

“Satu-satunya kebahagiaan yang saya miliki adalah berada bersama orang yang baik hati,” katanya.



Ketika ini, Kenneth dibantu oleh Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).

Katanya, dia hanya mengetahui mengenai YAKEB ketika pengerusinya, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed melawatnya pada 16 Julai lalu selepas dimaklumkan mengenai masalahnya oleh bekas jaguh lompat tinggi kebangsaan, Loo Kum Zee.

Dalam pada itu, Noorul berkata, YAKEB akan membantu mempercepatkan rawatan perubatan Kenneth dan memberinya elaun bulanan sebanyak RM300.

Pihak yang ingin membantu Kenneth boleh membuat sumbangan ke akaun Public Bank 4919922822, dengan “Kenneth Low Welfare” sebagai rujukan.



Bekas jaguh skuasy kini tukang cuci

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Masih Diganggu Walaupun Dah Cerai



Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal

Pemandu degil MPV tersangkut lalui jalan tar masih basah



Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker