Provokasi Melampau Sebar Berita Palsu Kononnya Dari Presiden UMNO

Provokasi Melampau Sebar Berita Palsu Kononnya Dari Presiden UMNO

Menjelang beberapa jam lagi proses membuang undi bagi PRN Johor, UMNO terus menerima provokasi apabila tersebar kenyataan palsu kononnya dari Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai satu cubaan memburukkan parti tersebut.

Kenyataan media palsu tersebut menyatakan Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Kepimpinan Tertinggi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor yang bermesyuarat pada semalam, 10 Mac 2022 (Khamis) memutuskan empat perkara.



Pertama UMNO yakin akan mendapat mandat pada PRN Johor kali ini dengan sekurang-kurangnya mendapat 32 kerusi DUN Johor dengan pecahan 25 kerusi DUN dari UMNO, 3 dari MIC dan 4 dari MCA, seterusnya menubuhkan kerajaan UMNO/BN untuk negeri Johor.

Kedua UMNO juga bersetuju untuk menanggung perbelanjaan pulang anak-anak muda negeri Johor yang pulang mengundi pada PRN Johor kali ini dengan mengemukakan bukti resit pembelian
tiket kepada wakil-wakil calon BN di kawasan masing-masing.

Ketiga mengambil kira pandangan akar umbi UMNO Negeri Johor mengenai calon Menteri Besar laitu Dato’ Haji Hasni Mohamad sebagai calon tunggal UMNO menerima lagi cadangan daripada UMNO Johor itu menamakan Datuk Dr. Mari Puad Zarkash sebagai calon lain.

Keempat kenyataan berkenaan turut menyebut selaku Presiden Parti UMNO dan juga Pengerusi Barisan Nasional akan memperhalusi cadangan tersebut dan siapa yang layak menjawat jawatan Menteri Besar Johor akan diputuskan selepas tamatnya PRN Johor BN dan mendapat mandat dari rakyat Johor.



Hakikatnya semua yang dinyatakan dalam kenyataan itu adalah palsu sama sekali.

Seharusnya pengundi di Johor tidak harus percaya dan terpedaya dengan dakyah palsu ini.-BN Online

Provokasi Melampau Sebar Berita Palsu Kononnya Dari Presiden UMNO

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi



Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker