Covid-19 : 5 kes baru hari ini
Lima kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini yang terdiri daripada 4 jangkitan tempatan dan 1 kes import membabitkan warga asing yang dibenarkan memasuki Malaysia atas urusan kerja.
Daripada 4 kes jangkitan tempatan itu, 3 kes dicatatkan di Sarawak yang terdiri daripada 2 rakyat tempatan dan seorang warga asing di Kuching yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak selepas ujian saringan Covid-19.
Dua lagi kes di Sarawak itu membabitkan seorang kontak rapat kepada kes 8,732 yang positif Covid-19 dan seorang petugas kesihatan di sebuah pusat perubatan, manakala baki satu lagi kes ialah seorang pesakit yang disahkan positif sebelum menjalani pembedahan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.