Semua negeri di Malaysia berada di Fasa 4 PPN

Semua negeri di Malaysia berada di Fasa 4 PPN

Kerajaan bersetuju membenarkan dua buah negeri lagi iaitu Sarawak dan Kelantan beralih dari Fasa 3 ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 3 Januari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan itu dipersetujui Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 setelah mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Dengan peralihan fasa bagi kedua-dua negeri berkenaan, bermakna kesemua negeri di Malaysia telah beralih ke Fasa 4 PPN.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak khususnya Kerajaan Negeri yang bertungkus-lumus mengurus situasi pandemik di negeri masing-masing terutama demi memenuhi nilai ambang yang ditetapkan di bawah PPN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau menyeru kepada orang ramai agar tidak berasa terlalu selesa dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan penuh disiplin dan bertanggungjawab.

“Pakai pelitup muka, amal penjarakan fizikal, dapatkan dos penggalak sekiranya layak, lakukan ujian pengesanan COVID-19 secara berkala dan amalkan TRIIS dengan sebaik mungkin.

“SOP bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa 4 adalah sama dengan sebelum ini dan keterangan SOP terkini akan dikemas kini oleh MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my,” katanya.

Sementara itu, Hishammuddin turut mengucapkan Selamat Tahun Baru 2022 kepada seluruh rakyat Malaysia dan berharap tahun akan datang menjadi lebih bermakna buat diri, keluarga dan negara. K Online

Semua negeri di Malaysia berada di Fasa 4 PPN


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis rayu dana untuk selamatkan Ariq Rizqy

Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker